RSS

Category Archives: Uncategorized

Petua untuk kaki pancing

1. Mengekalkan Kesegaran Ikan

Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.

2. Daun Sireh/Tembakau Rokok

Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.

3. Mulut

Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti spt. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising.

4. Daun Ketapang

Jika anda gemar membela ikan didalam akuarium dan didapati ikan peliharaan anda ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, cuba masukkan sehelai daun ketapang, sesungguhnya ia adalah sumber perubatan kepada ikan.

5. Telur Rebus & Pulut Kuning

Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras,kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak’.   Kunyit & Tepung Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing.

6. Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing

Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah.

7. Menjaga Umpan Perumpun

Perumpun yang dibeli untuk memancing biasanya mudah mati dan busuk jika anda tidak cepat mengasingkannya. Petua menjaga kesegarannya ialah jika memotong perumpun yang panjang, pastikan ia mula dipotong dari bahagian ekor. Jika ia dipotong dari bahagian kepala, perumpun mudah mati dan busuk. Penggunaan surat kabar atau kertas yang kering juga dapat membantu kesegarannya dengan menukar kertas takungan umpan ini setiap 2 jam sekali. Elakkan dari terkena air hujan atau terdedah dari terik panas matahari. Sebaiknya letakkan kain atau kertas yang lembab bagi menutup perumpun. Mencari Perumpun Pasir /Laut Caranya mudah, beli sebiji nenas yang masak ranum, dan anda cuma perlu memerah airnya dipasir yang anda yakin ada perumpun. Mungkin kerana masam air nenas ini perumpun dengan sendiri akan muncul, disini anda hanya perlu menariknya keluar.

8. Kasut

Apabila memancing didalam sampan atau bot jangan pakai selipar atau kasut.Macamlah kita nak masuk rumah orang, kenalah buka kasut atau selipar.Ia semacam tanda hormat dan adab.Nanti ada yang kata bahaya takut tercucuk duri didalam sampan tapi ini sepatut- nya tidak berlaku jika kita mengutamakan kebersihan dan keselesaan ketika memancing. Ada juga beranggapan benda-benda dibawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor. Kata mereka. Kaki Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya.

9. Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan

Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 26 Januari 2016 in Artikel, Uncategorized

 

Apa itu Ubuntu?

Ubuntu adalah sebuah sistem operasi lengkap yang berasaskan Linux. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Apa yang menarik mengenai Ubuntu ialah, ianya PERCUMA!!! Anda bebas menggunakannya di mana sahaja. Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda perlukan.Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan bersumber terbuka. Hebat bukan?

Jangan tak percaya, Ubuntu memang percuma. Anda boleh muat turun, disalin dalam cakera padat dan dikongsi dengan sesiapa sahaja. Bukan seperti perisian Microsoft Windows yang memerlukan anda membayar lesen. Sungguhpun Ubuntu tidak kebal,namun setakat ini, tiada lagi virus yang dapat menerobos masuk ke sistem operasi ini.

Bagi syarikat atau sesiapa yang mahukan persekitaran aplikasi yang stabil, anda boleh menggunakan versi Sokongan Jangka Panjang SJP (atau LTS, Long Term Support) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan.

Dengan Aplikasi Pemasangan yang mudah, anda hanya perlukan lebih kurang 25 minit sahaja untuk memasang Ubuntu pada komputer anda.

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 November 2015 in Artikel, Uncategorized

 

Pinjaman dari seorang ibu

Seorang ibu ingin meminjam wang dari anak lelakinya .

Dengan suara rendah di sertai rasa malu berkata ;

“Nak,bolehkah ibu meminjam RM300 ? Ibu perlu untuk beli barangan dapur ”

Anaknya tidak langsung menjawab , dengan raut muka bersahaja dia berkata ;

“Iya bu , nanti saya tanya isteri saya dulu ya..”

Seakan berat mengiyakan kerana belum tentu isterinya mengiyakan.

Ketika si anak masuk ke rumah terlihat bungkusan pampers anaknya yang sudah hampir habis , lalu terfikir ;

Pamper sudah mahal sekarang , lebih kurang RM30 sebungkus.

Sebulan lebih kurang 2 bungkus pampers , RM60 .

12 bulan X 60 = RM720

Sekurangnya 3 tahun anak akan guna pampers = RM2160

Anak tadi terfikir banyak juga pakai duit bulanan untuk membesarkan anak anaknya.

Lalu terkenangkan zaman kecilnya.

Ibunya memberikan sepenuh kasih sayang pada dia tanpa berkira. Di besarkan oleh ibunya sehingga kini sudah berjaya mempunyai keluarga yang boleh di katakan senang.

Apakah ibunya pernah meminta di balas , sekiranya di minta apakah nilai yang perlu di bayar ???

Terus si anak keluar semula dan menatap wajah ibunya yang redup di mamah usia. Dirimu telah memberikan semua kasih sayang, harta dan semuanya kepadaku tanpa harap balasan, dan semua itu kuterima dgn PERCUMA.

“Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi..”

Segera ia memeluk ibunya dan mengecup keningnya dan memberi wang RM300, sambil menangis ia berkata: “Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa, hartaku adalah juga milikmu, do’akan anakmu ini agar selalu berbakti padamu”.

Sambil berkaca-kaca ada air bening di kelopak mata ibu ia berkata:

“Nak, di setiap keadaan ibu selalu berdo’a agar kita semua selalu dikumpulkan di dunia dan di SYURGA nanti dalam kebahagian..”

Semoga Bermanfaat.

Jangan biarkan bacaan bermakna ini tenggelam di newsfeed anda, jadikan ladang pahala dgn berkongsi ke orang lain.

Bagi PARA ISTERI ingatlah bahawa rezeki dari suamimu adalah juga hak mertuamu. Dan juga perlakukan lah ibu mertua seperti ibu kandung sendiri.

PARA SUAMI pula , ingat juga bahawa ISTERI anda juga berkeinginan juga memberi wang kepada ibu bapa mereka walaupun tanggungjawab ibu bapa adalah lebih pada anak lelaki tetapi anak perempuan juga ingin membalas jasa ibu bapa mereka.
Click sini http://www.DanaNiaga2u.com/free

BERTOLAK ANSUR DAN BERTIMBANG RASA.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 November 2015 in Umum, Uncategorized

 

Pengenalan

48625-ketika2brasulullah2bdinyatakan2btelah2bwafat

 
Ulasan Dimatikan pada Pengenalan

Posted by di 4 November 2015 in Uncategorized

 

Sembahyang Sunat Witir

Salah satu sembahyang yang dilakukan pada waktu malam yang waktunya bermula selepas sembahyang Isyak hinggalah datang waktu untuk menunaikan sembahyang sunat Fajar, baik didalam bulan Ramadhan atau dalam bulan-bulan lainnya dinamakan sembahyang Witir kerana ia dikerjakan dengan bilangan rakaat yang ganjil.

Sembahyang Witir ini merupakan salah satu sembahyang sunat muakkad yang amat digalakkan melakukannya. Rasulullah saw sentiasa melakukan sembahyang ini dengan sembahyang sunat Fajar, baik ketika baginda didalam kota (bermukim) ataupun ketika didalam musafir. Bahkan ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan sembahyang Witir walaupun sekali.

Sabda Rasullulah saw yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Abu Hurairah yang bermaksud:
“Barang siapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.”
Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya sembahyang sunat Witir walaupun ia tidaklah sampai hukum wajib

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim dari Ali ra yang bermaksud:
“Sebenarnya Witir itu bukanlah fardhu sebagaimana sembahyang kamu yang lima. Tetapi setelah Rasulullah saw melakukan sembahyang Witir baginda bersabda, ” Wahai ahli Al-Quaran, kerjakanlah sembahyang Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil atau Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”

Rasulullah saw sering mengerjakan sembahyang sunat Witir ini sebanyak sebelas raka’at, dan ada juga yang meriwayatkan bahawa Rasullah saw mengerjakan sebanyak lima raka’at satu salam.Bahkan ada yang meriwayatkan yamg Rasulullah saw hanya mengerjakannya sebanyak satu raka’at. Memandangkan ini maka sembahyang Witir ini boleh dilakukan paling sedikit stu raka’at, kemudiannya tiga,lima sehinggalah yang paling afdhal sebelas rakaat. Kalau dilakukan tiga raka’at dan keatas, maka tiga raka’at yang terakhir boleh dilakukan dengan sekali salam, atau dua salam.

Cara melaksanakannya

1. Lakukanlah setelah selesai mengerjakan sembahyang sunat selepas Isyak, atau mengerjakan sembahyang     sunat Tahajjud ataupun selepas sembahyang Tarawih dibulan Ramadhan untuk mendirikan sembahyang
sunat Witir.

2. Kalau melakukan sembahyang Witir sebanyak dua raka’at dahulu, maka lafazkan dan niatkanlah seperti
berikut:

Ushalli sunnatal witri rak’taini lillahi ta’ala.

Ertinya :” Sahaja aku sembahyang sunat Witir dua raka’at kerana Allah ta’ala”

3. Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun

4. Sesudah salam, maka berdiri lagi untuk mengerjakan satu raka’at Witir dengan lafaz dan niatnya:

Ushalli sunnatal witri rak’atauni lillahi ta’ala

Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat Witir satu raka’at kerana Allah ta’ala”

5. Sekiranya melakukan sembahyang sunat Witir tiga raka’at terakhir dengan sekali salam, maka lafaz dan niatnya:

Ushalli sunnatal witri Thalatha rak’tin lillahi ta’la

Ertinya :” Sahaja aku sembahyang sunat Witir tiga raka’at kerana Allah ta’ala

6. Pada raka’at sembahyang Witir yang terakhir ini eloklah dibaca selepas Fatihah ketiga-tiga surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

7. Adapun surah-surah yang disebutkan, bukanlah satu kemestian. Tetapi paling tidak, bacalah ketiga-tiga surah di dalam raka’at terakhir yang disebutkan.

Bacaan Doa Qunut Sunat Witir

Sekiranya dilakukan pada bulan Ramadhan selepas sembahyang Terawih, iaitu selepas 15 Ramadhan, sebaik sahaj bangun dari rukuk dan i’tidal pada raka’at kedua, hendaklah dibaca doa qunut sepertimana yang selalu dilakukan pada sembahyang Subuh setiap hari. Adapun bacaannya ialah:

Allahummah dinii fiiman hadait, wa’aafini fiiman ‘aafait, wa tawallani fiiman tawallait, wa baariklii fiiman a’tait, wa qinii syarra maa qhadhait, fainnaka taqdhi walaa yuqdhaa ‘alaik, fa innahu la yazillu man waalait, walaa ya’izzuman ‘aadait, tabaarakta rabbana wata’alait, falakal hamdu ‘alaa maa qhadhait, astaghfiruka wa atuubu ilaik, wa sollallahu ‘alaa saiyidinaa Muhammdanil ummiyyi wa’alaa aali wa sohbihi wassallam

Ertinya:” Ya Allah! Berilah aku petunjuk sepertimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sihatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau sihatkan. Muliakanlah aku bersama orang-orang yang telah engkau muliakan. Berkatilah segala yang Engkau kurniakan kepadaku. Jauhkanlah daku daripada segala kejahatan yang sudah Engkau tentukan, kerana hanya sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Menentukan, dan tiada seorang juapun yang dapat merubah ketentuanMu. Sesungguhnya tiadalah akan hina orang-orang yang Engkau muliakan dan tiada pula akan mulia orang-orang yang Engkau musuhi. telah memberi berkat Engkau, Wahai Tuhanku dan Maha Tinggilah Engkau.”

Doa dan Wirid Selepas Sembahyang Witir

1. Seseorang yang selesai mengerjakan sembahyang Witir disunatkan mengucapkan zikir:

Subhaanal malikil quddus

Ertinya:”Maha Suci Tuhan Yang Maha Kudus”

2. Zikir ini hendaklah dibaca sebanyak tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suaranya.

3. Adakalanya Rasulullah saw membaca doa:

Allahummaj ‘al fii qalbii nuuraa, waafii basharii nuuraa, wafii sam’ii nuuraa, wa’ai yasaarii nuuraa, wafuuqii nuuraa, watahtii nuuraa, waamaamii nuura, wakhalfii nuuraa, waj’al lii yauma liqa ika nuuraa, wafii ‘ashbii nuuraa, wfii sya’rii nuuraa, wafii lisaanii nuuraa, waj’al fii nafsii nuuraa, wa a’dzim lii wajzil lii nuura, wa’tinii nuuraa”.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Februari 2014 in Uncategorized

 

PENTINGNYA SUNNAH RASULULLAH SAW

Imej

 Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: ‘Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ‘ (Riwayat Tarmidzi)
Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: “Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid”. (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Thabarani dan Abu Nu’aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!

 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Februari 2014 in Uncategorized

 

mymail548

6212

 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Disember 2013 in Uncategorized