RSS

Category Archives: Umum

Doa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya اَللّهُ :-

Tetapkanlah hati kami di atas agama-MU…
Kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami..!

Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat….

Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar…

Ya اَللّهُ …Ya Ghaffar…!

Ampunkanlah dosa-dosa kami….
dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami,
kaum keluarga kami, guru2 kami,
sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada…….

Selawat dan salam ke atas junjungan kami
Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga
dan para sahabatnya…!

Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal ‘Alamin”.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 Januari 2016 in Umum

 

Pinjaman dari seorang ibu

Seorang ibu ingin meminjam wang dari anak lelakinya .

Dengan suara rendah di sertai rasa malu berkata ;

“Nak,bolehkah ibu meminjam RM300 ? Ibu perlu untuk beli barangan dapur ”

Anaknya tidak langsung menjawab , dengan raut muka bersahaja dia berkata ;

“Iya bu , nanti saya tanya isteri saya dulu ya..”

Seakan berat mengiyakan kerana belum tentu isterinya mengiyakan.

Ketika si anak masuk ke rumah terlihat bungkusan pampers anaknya yang sudah hampir habis , lalu terfikir ;

Pamper sudah mahal sekarang , lebih kurang RM30 sebungkus.

Sebulan lebih kurang 2 bungkus pampers , RM60 .

12 bulan X 60 = RM720

Sekurangnya 3 tahun anak akan guna pampers = RM2160

Anak tadi terfikir banyak juga pakai duit bulanan untuk membesarkan anak anaknya.

Lalu terkenangkan zaman kecilnya.

Ibunya memberikan sepenuh kasih sayang pada dia tanpa berkira. Di besarkan oleh ibunya sehingga kini sudah berjaya mempunyai keluarga yang boleh di katakan senang.

Apakah ibunya pernah meminta di balas , sekiranya di minta apakah nilai yang perlu di bayar ???

Terus si anak keluar semula dan menatap wajah ibunya yang redup di mamah usia. Dirimu telah memberikan semua kasih sayang, harta dan semuanya kepadaku tanpa harap balasan, dan semua itu kuterima dgn PERCUMA.

“Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi..”

Segera ia memeluk ibunya dan mengecup keningnya dan memberi wang RM300, sambil menangis ia berkata: “Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa, hartaku adalah juga milikmu, do’akan anakmu ini agar selalu berbakti padamu”.

Sambil berkaca-kaca ada air bening di kelopak mata ibu ia berkata:

“Nak, di setiap keadaan ibu selalu berdo’a agar kita semua selalu dikumpulkan di dunia dan di SYURGA nanti dalam kebahagian..”

Semoga Bermanfaat.

Jangan biarkan bacaan bermakna ini tenggelam di newsfeed anda, jadikan ladang pahala dgn berkongsi ke orang lain.

Bagi PARA ISTERI ingatlah bahawa rezeki dari suamimu adalah juga hak mertuamu. Dan juga perlakukan lah ibu mertua seperti ibu kandung sendiri.

PARA SUAMI pula , ingat juga bahawa ISTERI anda juga berkeinginan juga memberi wang kepada ibu bapa mereka walaupun tanggungjawab ibu bapa adalah lebih pada anak lelaki tetapi anak perempuan juga ingin membalas jasa ibu bapa mereka.
Click sini http://www.DanaNiaga2u.com/free

BERTOLAK ANSUR DAN BERTIMBANG RASA.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 November 2015 in Umum, Uncategorized

 

Bagaimana Mengelak Ikon Baru Ditambah Pada Homescreen Setiap Kali Anda Pasang Aplikasi Di Android?

Bagi anda yang memasang pelbagai pada telefon pintar anda, mungkin salah satu perkara yang kurang digemari adalah apabila setiap pemasangan menambah ikon baru pada homescreen – yang mana sekaligus akan memberikan kesan kepada susunan homescreen anda.

Sekiranya anda menggunakan peranti tanpa talam aplikasi – seperti Huawei, Honor, Xiaomi dan sebagainya, perkara ini mungkin tidak dihiraukan. Tetapi sebaliknya sekiranya anda menggunakan peranti seperti Samsung, HTC, Sony, Asus dan lain-lain, ia mungkin memberikan sedikit kesan.

Bagi anda yang tidak menyukai ikon baru ditambah pada homescreen untuk setiap aplikasi baru, anda boleh mematikannya dengan membuat sedikit perubahan pada halaman tetapan.

Untuknya, anda hanya perlu membuka aplikasi Google Play Store, dan pilih Settings pada bahagian menu. Seterusnya, pada bahagian tetapan, pastukan anda tidak menandakan menu yang tertulis “Add Icon to Home Screen“.

Dengan membuat perubahan tetapan ini, tiada lagi sebarang ikon baru yang akan ditambah ke homescreen anda setiap kali anda memasang aplikasi baru.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 November 2015 in Umum