RSS

Category Archives: Tips Komputer

Tetapan Semula Sekuriti Akaun Google Anda

Pemeriksaan keselamatan yang mudah ini membantu pengguna mengkaji semula tetapan keselamatan pada akaun Google mereka. Langkah kajian semula ini akan:

1. Memastikan maklumat pemulihan akaun adalah terkini, bagi memastikan sebarang aktiviti yang meragukan dapat diberitahu kepada pengguna dengan pantas, dan pengguna boleh memulihkannya semula dengan segera.

2. Mengkaji semula aktiviti daftar masuk terkini, bagi mengesahkan semua daftar masuk adalah dari pengguna sendiri, bukan akses yang tidak diketahui dan dikenal pasti pengguna.

3. Mengesahkan akses peranti dan aplikasi ke dalam akaun, agar aplikasi dan peranti yang dibenarkan, dengan tahap kebenaran yang diperlukan sahaja, diberi akses kepada akaun pengguna.

Selepas pengguna melengkapkan tiga langkah pemeriksaan akaun ini, pengguna akan menerima kotak bertanda hijau pada kesemua langkah. Dengan ini, pengguna akan layak menerima tambahan storan 2GB ini, tetapi paling utama telah mengambil langkah keselamatan di internet.

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 November 2015 in Tips Komputer

 

Menghadkan siapa yang boleh melihat di Facebook anda

Untuk mengehadkan siapakah yang dapat melihat perkongsian anda, pengguna hanya perlu ke laman Privacy Settings di laman Facebook. Kemudian, pada bahagian menu di kiri, pilih pada Privacy.

Beberapa pilihan baru akan dipaparkan pada bahagian kanan laman tersebut. Padanya, pengguna boleh memilih Limit The Audience for Old Posts on Your Timeline.

Facebook Privasi

Dengan membuat pilihan tersebut, semua perkongsian yang ditetapkan sebagai umum akan diubah untuk boleh dilihat oleh rakan-rakan sahaja, sekaligus menawarkan sokongan privasi yang lebih baik kepada pengguna.

Memandangkan melalui Graph Search, semua kemaskini yang dilabelkan “umum” boleh dilihat oleh sesiapa sahaja, perkara ini dapat mengekalkan privasi anda, disamping mengelak daripada mereka yang tidak berkaitan untuk melihat kemaskini dan perkembangan semasa anda.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 November 2015 in Tips Komputer

 

Membersihkan PC

Untk membersihkan PC, ikut langkah2 ni:

1. Jangan letak komputer anda diatas lantai. letakkan di atas meja yang bersih dan kering. pastikan juga luas dan senang untuk meletakkan skru.
2. Off computer, Unplug kan semua cable2.
3. Sediakan alas untuk isi kotoran, jika anda tidak mahu mengotorkan meja.
4. Pastikan keadaan sekeliling tidak basah atau bertiup angin yang kuat.
5. Anda boleh gunakan pembersih vakum yang kecil (jangan gune vacum lantai umah!)
6. Gunakan penyembur angin jika ada.
7. Jangan sesekali membersihkan komponen menggunakan kain yang lembab. (kononnya nak bagi kilat).
8. Berhati-hati ketika hendak minum atau makan sekitar komputer. kalau boleh, jauhkan.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 November 2015 in Tips Komputer

 

Apa itu Google Drive?

Google kini menawarkan aplikasi terkininya Google Drive. Apa itu Google Drive ? Google Drive adalah perkhidmatan storan awan (cloud) yang
membolehkan anda menyimpan dokumen , foto dan sebagainya. Menggunakan google drive membolehkan fail pada pc atau laptop anda terus boleh di synchronize dan disimpan terus dalam google drive.
Maknanya anda boleh mencapai fail-fail anda di mana sahaja walaupun anda tidak laptop. Apa yang perlu dilakukan anda  anda hanya perlu memilih fail atau apa sahaja yang ingin di synchronize dengan google drive kerana google drive menawarkan secara percuma storan sehingga 5GB. APA yang ANDA perlu TAHU bagi yang BELUM TAHU , google drive terbina dalam GOOGLE DOC. Jika anda membuka gmail anda, pada Bar atas (lihat gambar bawah) biasa terdapat DOCUMENT namun setelah anda menggunakan Google drive, perkataan Document bertukar kepada Drive..
 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 November 2015 in Tips Komputer

 

Virtual Router Plus Memudahkan Proses Berkongsi Rangkaian Internet Melalui WiFi

Sebelum ini, kami pernah berkongsi akan cara-cara untuk berkongsi rangkaian internet melalui WiFi menggunakan komputer Windows anda. Tetapi ia mungkin agak sukar, dan memerlukan pengguna melalui pelbagai langkah sebelum berjaya.

Untuk memudahkan proses tersebut, salah satu perisian sumber terbuka yang membantu adalah Virtual Router Plus.

Virtual Router Plus adalah salah satu perisian ringkas, dimana pengguna hanya perlu menetapkan nama SSID, dan kata laluan, seterusnya boleh berkongsi rangkaian internet komputer Windows mereka bersama yang lain melalui WiFi.

Untuk menggunakannya, komputer pengguna perlulah terlebih dahulu bersambung ke internet, tidak kira melalui LAN, WiFi, dan sebagainya.

Dari percubaan kami, ia berfungsi dengan lancar tanpa sebarang masalah. Dan memandangkan ia tidak memerlukan sebarang pemasangan dan sebagainya, ia serba-sebanyak memudahkan proses berkongsi rangkaian internet dengan mudah.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Virtual Router Plus hari ini secara percuma.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 November 2015 in Tips Komputer

 

Bagaimana Kurangkan Penggunaan Data Ketika Menonton Video Di YouTube?

Dengan harga jalur-lebar yang semakin meningkat, disamping syarikat telekomunikasi yang menetapkan had kuota, mungkin ramai yang ingin menjimatkan penggunaan data ketika melakukan beberapa perkara, dan salah satunya ketika menonton video di YouTube.

Kini, dengan mudah anda boleh melakukannya melalui teknologi terbina daripada Google, dipanggil sebagai YouTube Feather. Buat masa ini, sokongan ini masih lagi pada peringkat beta, dan tidak berfungsi pada semua video.

YouTube Feather memfokuskan kepada mengurangkan data yang dimuat-turun ketika menonton sesuatu video di YouTube. Perkara ini dicapai dengan mengurangkan perkara yang diperlihatkan pada halaman tersebut, selain turut mengoptimasikan saiz video yang dimainkan.

Ketika YouTube Feather diaktifkan, anda akan dapat melihat beberapa elemen dibuang daripada halaman YouTube, termasuk sokongan panel informasi, panel perkongsian, dan beberapa sokongan lain, disamping sedikit perubahan pada bahagian komen.

Sekiranya anda berminat mengujinya sendiri, boleh ke laman YouTube Feather hari ini, dan mengaktifkan fungsi tersebut sendiri untuk akaun anda, disamping pada masa yang sama menjimatkan penggunaan data internet anda.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 Mei 2015 in Tips Komputer

 

Bagaimana Mengelak Ikon Baru Ditambah Pada Homescreen Setiap Kali Anda Pasang Aplikasi Di Android?

Bagaimana Mengelak Ikon Baru Ditambah Pada Homescreen Setiap Kali Anda Pasang Aplikasi Di Android?

Bagi anda yang memasang pelbagai aplikasi pada telefon pintar anda, mungkin salah satu perkara yang kurang digemari adalah apabila setiap pemasangan menambah ikon baru pada homescreen – yang mana sekaligus akan memberikan kesan kepada susunan homescreen anda.

Sekiranya anda menggunakan peranti tanpa talam aplikasi – seperti Huawei, Honor, Xiaomi dan sebagainya, perkara ini mungkin tidak dihiraukan. Tetapi sebaliknya sekiranya anda menggunakan peranti seperti Samsung, HTC, Sony, Asus dan lain-lain, ia mungkin memberikan sedikit kesan.

Bagi anda yang tidak menyukai ikon baru ditambah pada homescreen untuk setiap aplikasi baru, anda boleh mematikannya dengan membuat sedikit perubahan pada halaman tetapan.

Untuknya, anda hanya perlu membuka aplikasi Google Play Store, dan pilih Settings pada bahagian menu. Seterusnya, pada bahagian tetapan, pastukan anda tidak menandakan menu yang tertulis “Add Icon to Home Screen“.

Dengan membuat perubahan tetapan ini, tiada lagi sebarang ikon baru yang akan ditambah ke homescreen anda setiap kali anda memasang aplikasi baru.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 Mei 2015 in Tips Komputer