RSS

Monthly Archives: Disember 2016

Petua merawat bisul

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues.
Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua.
Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria.
Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!
“Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bisul muncul, rawatan perubatan segera perlu diberikan,” katanya
Merawat Bisul Mengikut Kaedah Tradisional
Campuran semulajadi ini dapat mengubati masalah jerawat, bisul atau luka lain pada kulit, yang mengumpulkan nanah.
Untuk menyediakannya anda perlukan:
Madu 1 sudu makan.
Tepung 1 sudu makan.
1 kuning telur
Bagaimana mempersiapkan campuran menakjubkan ini?
Aduk semua bahan bersama-sama dan simpan campuran di peti ais.
 
Bagaimana cara menggunakan?
Sapukan adunan betul-betul di atas luka atau ulser.
Kemudian tutup dengan sehelai kertas tipis (tuala bersih atau kertas tandas). Tukar kertas setiap 3 jam sebelum meletakkan lagi, membersihkan luka. Untuk sapuan waktu malam, biarkan semalaman esok paginya baru tukar. Sekiranya hari berikutnya tiada rasa sakit, maknanya nanah sudah tiada.
Jika campuran ini tidak sesuai dengan kulit anda, mungkin anda ada alergi boleh guna salah satu petua dibawah juga:
1.Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh
2. Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.
3.Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.
4.Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.
5.Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.
Amalkanlah proses di atas sehingga bisul atau kudis anda tu pulih. Mudah-mudahan petua ni dapat membantu anda. Tidak salah jika anda ingin mencuba..Selamat Mencuba ya..
Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Disember 2016 in Artikel

 

Kisah Bagaimana Aku Mula Menjadi Bomoh

Nak story sebelum terlibat dlm dunia supranatural: (maaf tiada niat mengaibkan sekadar kongsi story jadi iktibar dan mungkin ada yang senasib dengan saya sebelum ini).
al kisahnya isteri sy sakit akibat disihir, selama 6 bulan isteri mengadu sakit2 sendi sesak2 nafas, sy pula masa tu buat endah tak endah saja.cakap nanti pergi klinik check up.Dlm 6 bulan tu pergi pelbagai klinik kerajaan dan swasta.hasil check up semua normal dan doktor bagi la macam2 istilah asalkan ada jawapan..mcm2 ubat sakit sendi makan..semua takda kesan.siap doktor bisnes lagi suruh buat ozone terapi yg harga rm1000 lebih..pun buat gak la tapi tak jadi apa pun..sampai la ibu mertua ckp pergi la jumpa2 ustaz or org pandai2 tgkkan kot2 ada sakit lain ni.dengan egonya masa tu saya cakap “buat apa nak gi jumpa ustaz2 kalau sakit pergi la hospital.siapa aje yg nak “buat” isteri saya”.lepas 6 bulan sakit makin melarat..badan yg dulu berisi sudah mula susut dengan cepat.tiap malam mengadu kesakitan hingga rasa dikelar2 tubuh terutama bahagian kakinya sampai tak mampu berjalan.MC jgn citer la..dah panjang berjela..rumah tangga pulak sentiasa panas dan asyik nak bertengkar je hari2.senang citer serba serbi tak kena sampai urusan batin pun puasa manjang dan kadang nak bersama tak boleh… alternatif lain ketika itu ialah pain killer..dari yg murah sampai ke mahal beli..bila makan pain killer tahan la sekejap paling lama 1 hari.lepas tu pain killer dah takda kesan apa2 dah..akhirnya saya akur dan pergi ikhtiar jumpa sorang wak ni yg menurut saudara yg rekemen katanya rekod dia bagus..tup2..check2 mmg kena buatan org, dari beberapa org sepejabat yg berkompromi inginkan isteri saya sakit sampai mati.kami dptkan rawatan dari wak tersebut..mmg mula2 nampak mcm berkesan..mula berkurang la sakitnya..tapi tak hilang..boleh la pergi keje..naik2 keje sehari dua..kena lagi sampai kan saya terpaksa dukung isteri saya, bawak masuk dlm kereta.duduk kat seat kereta pun sakit mcm ditoreh2 pisau..seksa sangat time tu..ulang semula ke rumah wak tu di kluang untuk dptkan rawatan.perkara tersebut berulang dekat lebih 10 kali rasanya saya gi berubat ngan wak tu..setiap kali berubat walaupun ikhlas mesti saya hulur gak.masa tu duit mmg mcm air terjun..hehe..lepas tu saya ikhtiar cari alternatif lain..asal ada org yg pandai jer semua saya pergi termasuklah darusxxxx di johor bahru. org punya la ramai dan akhirnya sampai turn isteri saya..so dibacakan ayat2 quran dari pelbagai surah tapi takda kesan apa2pun..relek je isteri saya tak meraung or tumbang dan ustaz tu kata takda apa2 balik minum air ni dan buat mandi….setelah seminggu takda perubahan langsung…kemudian aku return back kat wak tadi tu dan si wak tu surrender suruh saya cari tempat lain..dia tak larat katanya..bingung kepala otak saya..masa tu mmg asyik tgk 1 rancangan kat astro oasis jer luper tajuk dia tapi bab2 rawatan sihir ni..sampaikan pak mertua saya offer ajak pi berubat ustaz Sxxxxxx kat kl..aku pun check2 katanya ustaz tu ada dtg batu pahat di tarikh sekian2 hb..so aku contact dan pergi pada hari berkenaan..masyaallah ramai betul org..padahal pagi2 saya dah sampai..dpt no 60lebih..time tu register terus kena bayar rm138 kalau tak silap dpt ler air mineral 2 ngan air zam2 kecik beberapa botol..kira2 pukul 4ptg turn isteri aku sampai..aku teman dia masuk dlm bilik rawatan..ingatkan rawat 1 by 1 terus..sekali dlm bilik tu ada sekitar 15 org gak..ada yg dtg dah lebih 8 kali tak baik2..so si ustaz masuk dan tanya2 skit pastu baca ayat2 rukyah pastu tepuk2 la belakang badan pesakit yg masa tu duduk dlm bulatan..pastu ustaz tu cakap air yg dpt masa register tu minum pastu dtg lagi.kemudian dia offer lak kayu kemuning gitu la..1pcs rm50 dan surat perjanjian jin dengan nabi sulaiman rm15 sekeping..katanya perjanjian tu tampal depan rumah..nanti jin tu bile tgk perjanjian tu tak masuk dlm rumah dan ganggu kita..aku beli 2 keping masa tu..hehe..balik2 siap tampal..seminggu minum air masih takda kesan..so sabar lagi..2 minggu pun takda malah makin sakit lak..so aku putuskan ustaz tu lebih kepada bisnes..dan tak pergi jumpa utk rawatan seterusnya sebab mengenangkan seorang makcik tua tu dah 8 kali dtg x baik2…
aku pun surf2 internet dan niat nak cuba rawatan di indonesia, dgr2 sana byk yg pandai2..terjumpa la 1 hamba Allah ni punya blog..setelah diskus2 sampai aku terpengaruh dan bersetuju siap dijamin pasti sembuh dan tak kena serangan sihir lagi cuma bayarannya agak mahal sebab byk barang2 dia nak kirim ke malaysia semuanya menelan kos rm4500.. waktu tu dekat2 hari raya..so korek la semua saving dlm ASB kluarkan asalkan isteri sembuh..lepas seminggu barang pun sampai..ok mula2 rasa mcm tak kena tipu..lepas dah amalkan mandi dengan air bunga dan letak barang2 dia bagi kat rumah..mmg isteri ckp terasa kurang sgt sakitnya..tapi sayang seminggu je bertahan..lepas seminggu kena lagi dan makin teruk sakitnya..aku contact2 hamba allah tu..langsung tak balas…terkono aku nampaknya..duit beribu abis..sampaikan tak beraya tahun tuh..gaji bukannya besor keje gomen jer..tapi aku masih tak putus asa..ada la beberapa tempat aku pergi lagi kat johor..pernah gaji2 jer abiskan duit utk rawatan jer..total aku abis berubat lebih RM10ribu..nak dijadikan cerita ada seorang kenalan bagi aku 1 number phone seorang ustaz di indonesia..(dlm hati aku ckp..indonesia lagi duit dah takda ni) tapi aku call jugak aku ceritakan masalah aku..dan dia janji ikhtiarkan sampai selesai masalah sihir@santau@guna2 tersebut dan terus terang aku cakap kat dia aku takda duit..dia ckp takpa yg penting biar sihat dulu..terharu gak masa tu kalau tmpt lain no money no talk..isteri dirawat olehnya dari jarak jauh je..masa tu aku tawakal je..dan disuruh isteri wirid sesuai panduannya dan siapkan air utk minum dan mandi..aku mcm tak percaya..dan taknak percaya pada mulanya..mmg dlm masa yg singkat..isteri bertambah baik dan derita yg ditanggungnnya hilang..dlm 3 hari mmg dah sihat..tapi aku tunggu sampai seminggu sebab takut sakit lagi..lepas seminggu mmg sihat..nak puas kan hati aku tunggu sebulan..mmg sah sihat dari ghaib..syukur alhamdulilah..tiba waktunya aku pun berikan sumbangan pada ustaz tersebut seikhlasnya dan dia offer agar aku menjadi muridnya..alhamdulilah..mulai dari itu aku mula terlibat dlm dunia supranatural ni yg penting sekali aku diberikan hidayah oleh Allah utk menjadi org yg lebih baik dan mengenali islam dengan sebenarnya..setelah 3 bulan isteri sihat dari masalah ghaib dan kebetulan ada rezeki sedikit utk terbang ke jakarta sekeluarga utk bertemu ustaz@guru aku itu untuk mengucapkan terima kasih atas ikthiar dan jasanya sambil aku mendalami lagi keilmuan tersebut secara langsung

p/s: menurut ustaz@guru aku tuh..isteri aku telah di sihir oleh 10 org dukun (dlm jangkamasa hampir setahun) tapi 2 dukun yg betul2 power iaitu sorang dukun indon dan 1 org asli dari mersing. rumah aku pulak telah dihantar,diletak mcm2..antaranya tanah kubur,air mandi mayat,bangkai burung dan beberapa ekor jin.Reason isteri aku disihir mmg x munasabah iaitu kerana reason yg tak munasabah iaitu ada 3 org perempuan yang cemburu..dan sakit hati melihat isteri aku hidup bahgia serta rakan sekerja lain senang berkawan dengannya..kesimpulannya jadikan story aku ini sebagai iktibar dan sekiranya ada saudara atau kenalan yg sakit2 misteri ini..segeralah dptkan rawatan dimana2 pusat rawatan atau para ustaz yg pakar sebelum effectnya lebih teruk.
jangan putus asa namum perlu berhati2 memilih pusat rawatan yg betul.

Cubaan merawat rakan sekerja yang disantau oleh bos
Di opis aku mmg baik dengan Mr R.. Boss department kami seorang perempuan bukan islam dari sarawak.Orangnya jenis tak suka ada saingan dlm pekerjaan atau apapun yg boleh menggugat kedudukannya apatah lagi org yg melawannya atau ingkar arahannya. Kebetulan si Mr R ni mmg jenis suka melawan dengan si Boss..tapi apa yg di lawankan oleh Mr R tu mmg benda yg betul tapi si Boss agak tak berapa terima dan rasa tak suka kedudukan atau kebolehannya dipertikaikan..
one day tiba2 setelah pulang dari kerja sewaktu driving si MR R ni boleh rasa pitam pulak dan rasa sesak nafas yg amat sangat.nasib baik dia sempat park tepi jalan dan call kawan2 tlg hantar dia balik rumah. Mulai hari itu asal nak drive je dia nak pitam n sesak nafas..terpaksa gi keje tumpang kawan. Kat opis dia sering mengadu tak sedap badan,rasa nak pitam dan sesak nafas..mood nak kerja mmg takda. kemudian Mr R ada la pergi klinik dan hospital pakar buat check up..result semuanya normal takda apa2..aku dah syak ada yg tak kena dengan MR R..cuma malas nak siasat lebih lanjut masa tu cuma nasihatkan dia pergi check dan berubat dengan ustaz2 mana yg dia kenal (mmg aku tak offer nak ikhtiar ubat dia masa tu sebab aku bukan dukun dan tak tau nak ckp mcm mana sebab aku bukan berimej ala2 ustaz dan tentunya dia tak caya kalau aku story ikhtiar yg aku boleh usahakan). Mr R pun pergi la berubat ke beberapa pengamal perubatan..ada yg bagi mandi limau..mandi bunga..bagi cincin..bagi barang suruh tanam kat office..tapi lebih kurang berbulan2 tak baik juga..kurang tu ada tapi bila ke office sakit semula..aku sering tanya kondisi dia mcm mana sebab harap dia sembuh la dengan iktiar2 dia..last ada org rekemen kan dia berubat dengan seorang imam sebuah masjid..imam tu ckp yg buat dia ialah boss kat opis..(aku pun double check..yup mmg betul..boss office yg punya angkara).maka berubatlah Mr R berulang dekat 5x dengan imam tersebut..kurang tu ada la sedikit tapi asal ke opis mesti sakit balik dan berulang berubat.Satu hari di surau selepas solat bersama Mr R..tiba2 Mr R merintih tentang masalah dia..dan rasa kecewa yg dia alami serta putus asa kerana berubat kesana kemari tak sembuh2..aku mmg dah lama kasihan kat dia cuma nak story tu tak reti dan mesti dia tak percaya..tapi aku tekad story je dan minta dia stop berubat kat mana2 tempat..mula2 dia ketawakan aku gak..tapi takpa la yg penting aku ikhlas nak tolong walau dah lambat..aku pun set time dengan Mr R suruh dia ambil wuduk dan siap2 di sejadah rumah dia..aku monitor dari rumah aku..setelah jelaskan padanya tatacara proses pembersihan..proses dimulakan hingga selesai..aku suruh dia minum air yg disediakan dan buat mandi selebihnya.proses pembersihan aku lakukan 3 hari berturut2..dipendekkan cerita selepas 3 hari..tiba2 Mr R jumpa aku..dan cakap yg dia terasa sangat berbeza..rasa normal..aku cakap alhamdulillah..baguslah dan aku pesan amalkan wirid yg aku bagi atau apa2 wirid yg dia tau..dekatkan lagi diri dengan beribadah kepada Allah.alhamdulilah selang seminggu Mr R dah bleh drive seperti biasa dan tiada lagi gangguan.Selepas sihat Mr R kebetulan dpt kerja lain dan pergi mulakan kerja barunya ditempat baru dan aku masih terus contact dia sehingga hari ini bertanyakan khabar..dan alhamdulilah sihat walafiat.semoga beliau diberikan kesihatan dan dlm lindungan yg esa..amin…

—————————————–
Sumber:http://percumamovies.blogspot.my/2015/06/kisah-bagaimana-aku-mula-menjadi-bomoh.html

salam encik..boleh x sy nk dapatkn no telefon abg yg menceritakan kisah dia jadi bomor tu x?sbb nk tanya dia soalan sikit la..tolong ye..

Reply

 
Tinggalkan komen

Posted by di 8 Disember 2016 in Artikel