RSS

Monthly Archives: September 2016

Cara menukar geran motor kereta owner yang meninggal dunia

Individu yang mahu menukar hakmilik kenderaan (termasuk Kereta atau Motor) daripada nama asal pemilik (owner) geran kenderaan yang meninggal dunia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Pertukaran pemilikan kenderaan tersebut perlu dibuat sekiranya kenderaan itu menjadi kegunaan harian pengguna sekarang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku selain membolehkan pembaharui cukai jalan dibuat dan perlindungan insuran sepenuhnya ketika menggunakan kenderaan tersebut di jalan raya. Sebagai peringatan adalah menjadi satu kesalahan sekiranya cukai jalan tamat tempoh tetapi kenderaan tersebut masih digunakan diatas jalan raya CARA DAN PROSEDUR TUKAR NAMA GERAN MOTOR KERETA PEMILIK (OWNER) MENINGGAL DUNIA  Berikut adalah panduan tukar hak milik untuk penama asal geran kenderaan yang telah meninggal dunia kepada nama pengguna sedia ada bagi kenderaan tersebut Senarai Borang Pertukaran Milikan Dan Dokumen Pengesahan / Sokongan Pemohon perlu melengkapkan beberapa borang bersertakan dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan atau sokongan yang diperlukan antaranya seperti berikut Dua salinan borang Senarai Semak TM-3 (Pind.1/2009)Borang TM-3 Dua salinan borang JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru (penerima pusaka)Borang JPJ K3A Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2) iaitu Geran Dokumen pengesahan pemilikan / pentadbir yang asal jika berkenaan atau salah satu daripadanya seperti berikut 4.1 Surat Perintah Mahkamah atau Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate) atau Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad atau Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil Laporan B5 Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuat kuasa / sah Pemohon dinasihatkan hadir sendiri ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk urusan pertukaran hak milik bagi melancarkan proses permohonan. Sekiranya pemohon menghantar wakil untuk urusan tersebut ia memerlukan pengisian borang lain serta maklumat pengesahan identiti INFO DAN PANDUAN TUKAR NAMA GERAN KENDERAAN KEMATIAN PEMILIK Pembaharuan (Renew) Cukai Jalan Pembaharuan cukai jalan (Road Tax) bagi kenderaan yang masih berdaftar atas nama pemilik meninggal dunia hanya boleh diperbaharui sekali sahaja untuk tempoh 6 bulan (sekali sahaja) oleh waris terdekat selepas tarikh akhir cukai jalan berkenaan Urusan pembaharuan cukai jalan tersebut hanya boleh dibuat di kaunter JPJ sahaja Selepas tempoh 6 bulan itu tamat, pembaharuan cukai jalan ke atas kenderaan terbabit tidak boleh dibuat lagi. Bagi membolehkan pembaharuan cukai jalan boleh dibuat semula, waris (bakal pemunya baharu) perlu membuat permohonan pertukaran milikan bagi kenderaan tersebut Waris (bakal pemunya baharu) dinasihatkan membuat permohonan pertukaran milikan dalam tempoh berkenaan atau sebelumnya bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak diingini PERTANYAAN DAN JAWAPAN PIHAK JPJ Siapa Yang Berhak Keatas Kenderaan Berdaftar Yang Ditinggalkan Oleh Si Mati Sekiranya si mati meninggalkan wasiat rasmi yang membuktikan bahawa kenderaan tersebut adalah milik waris yang ditetapkan ia akan memudahkan lagi urusan pertukaran milikan kerana dokumen rasmi seperti perintah surat pentadbir harta pusaka sudah ada Jika tidak, waris si mati boleh membuat permohonan yang berkenaan dan salah satunya adalah dengan membuat permohonan di Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil/Pejabat Tanah berdekatan bagi menetapkan siapa yang berhak (agihan) terhadap harta yang ditinggalkan. Dalam perkara ini kenderaan contohnya kereta (kategori Harta Alih) Maklumat lanjut tentang prosedur permohonan dan senarai dokumen yang diperlukan, sila rujuk dengan pihak Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil/Pejabat Tanah atau klikMaklumat Rasmi Pembahagian Harta Pusaka Kecil Setelah selesai proses agihkan harta mengikut waris (penerima) dalam tempoh jangkamasa tertentu, waris akan menerima Surat Kuasa / Kebenaran / Pengesahan / Perintah Mahkamah / Surat Pentadbir Pusaka ke atas setiap pemilikan harta yang ditinggalkan oleh si mati Waris (Individu) yang dapat kenderaan atas nama si mati perlu buat proses pertukaran nama (hakmilik) dengan menggunakan Surat Kuasa / Kebenaran / Pengesahan / Perintah Mahkamah / Surat Pentadbir Pusaka sebagai bukti pengesahan / sokongan atas pemilikan baharu untuk membolehkan kenderaan itu menjadi hak sepenuhnya pemunya baru dan sah digunakan atas jalan raya CONTOH PENGESAHAN / SOKONGAN SEBAGAI PEMILIKAN BAHARU Puspakom Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, pihak Puspakom akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan Sila bawa kenderaan (kecuali Motosikal) dan geran asal untuk urusan pemeriksaan di Puspakom Sila selesaikan dulu urusan Permohonan Pembahagian Harta Pusaka Kecil baru buat pemeriksaan kenderaan di Puspakom kerana urusan Pembahagian Harta Pusaka Kecil mungkin mengambil masa yang berbulan-bulan berbanding tempoh sah laporan B5 Puspakom digunapakai hanya 30 hari sahaja Panduan Pemeriksaan Tukar Milik di Puspakom seperti lampiran carta aliran yang disertakan dibawah PANDUAN DAN CARA PEMERIKSAAN KERETA DI PUSPAKOM UNTUK TUKAR MILIK JPJ Setelah menerima pengesahan milikan sebagai pemunya baru kenderaan tersebut dari pentadbiran pusaka atau perintah mahkamah serta kelulusan pemeriksaan kenderaan berdasarkan Laporan Pemeriksaan Tukar Milik (B5) dari Puspakom, pemohon boleh mula membuat urusan Pertukaran Milikan di cawangan JPJ berdekatan Sila rujuk kepada senarai borang yang diberitahu seperti diatas, lengkapkan dengan sempurna dan sertakan dokumen berkaitan yang diperlukan dalam setiap borang permohonan Bawa juga sijil kematian asal pemilik kenderaan yang meninggal dunia, mana tahu mungkin ia diperlukan dalam urusan pertukaran hak milik Borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen asal yang diperlukan dengan bayaran perkhidmatan hendaklah diserahkan kepada pegawai JPJ yang bertugas untuk membuat proses pertukaran hakmilik dengan segera Untuk urusan cukai jalan boleh tanya pengawai JPJ berkenaan manakala insuran rujuk kepada syarikat insurans yang dipilih oleh pemohon CONTOH SENARAI SEMAK DOKUMEN DAN BORANG UNTUK URUSAN PERTUKARAN PEMILIKAN DI JPJ Myeg Proses pertukaran milikan seperti info yang dinyatakan tidak boleh dibuat secara online di portal Myeg kerana ia memerlukan pengesahan MyKad dan cap jari (biometrik) pemohon dan perlu dirujuk di cawangan JPJ yang terdekat Pertukaran milikan bagi pemilik yang telah meninggal dunia tidak termasuk di bawah Tukar Milik Sukarela dan ia memerlukan semakan dokumen sokongan / sampingan oleh pihak JPJ Orang Ketiga Orang ketiga disini bermaksud individu yang membeli kenderaan tetapi tidak sempat membuat pertukaran milikan keatas kenderaan terbabit kerana pemilik sebelum ini (penjual) telah meninggal dunia dan geran masih atas nama si mati Salah satu cara bagi menyelesaikan masalah ini, pembeli perlu mendapatkan bantuan waris si mati, menukarkan nama si mati terlebih dahulu kepada nama waris mengikut prosedur seperti yang dinyatakan diatas Setelah proses tersebut diselesaikan barulah urusan pertukaran milikan kenderaan boleh dibuat membabitkan waris si mati dengan pembeli tersebut Sekiranya pautan borang berkenaan tidak boleh dicapai / diakses ia mungkin disebabkan Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengalami masalah atau borang tersebut tidak boleh digunapakai lagi Maklumat, borang dan prosedur pertukaran nama hakmilik bagi kenderaan kematian pemilik asal adalah tertakluk kepada perubahan atau pindaan semasa oleh pihak JPJ. Sehubungan dengan itu bagi mendapatkan keterangan serta maklumat terkini mengenai perkara ini pemohon perlu merujuk ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berdekatan bagi melancarkan proses urusan pertukaran hak milik berkenaan Maklumat yang dinyatakan adalah khusus untuk kenderaan persendirian milik sepenuhnya kepada pemilik yang meninggal dunia dan kenderaan tersebut tidak terikat dengan sebarang baki pinjaman mana-mana institusi kewangan atau perbankan. Jika sebaliknya sila rujuk dengan pihak JPJ atau institusi kewangan / perbankan yang terlibat bagi mendapatkan keterangan lanjut FacebookTwitterGoogle+

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 September 2016 in Artikel

 

Petua hilangkan kahak dengan mudah

Musim cuaca panas, memang ramai yang demam. Selalunya bila batuk menyerang, kahak mula akan berkumpul. Kadang-kadang batuk dah elok, tetapi masih ada banyak kahak. Suara pun jadi serak.
Selain ubat yang dijual di pasaran ada beberapa petua untuk hilangkan kahak. Bahan-bahannya mudah didapati dan hasilnya pun memang cukup berkesan.
1. Minum Teh O Lemon Dan Madu
Kalau nak senang boleh beli teh o ais limau yang dijual tapi kalau nak lebih berkesan kenalah buat sendiri. Caranya mudah je, buat secawan air teh O yang panas, lepas tu campurkan dengan sehiris dua lemon. Boleh campurkan sedikit gula sebagai penambah rasa. Tapi nak lagi berkesan campurkan dengan sesudu madu asli.
2. Makan Makanan Yang Pedas
Selalunya bila batuk, orang akan elak dari makanan yang pedas-pedas tetapi sebenarnya makanan pedas ni secara tak langsung membantu untuk mencairkan kahak.
3. Minum Air Suam Panas
Seeloknya bila ada banyak kahak, elakkan dari minum air sejuk. Minum air suam panas atau sup panas memang membantu untuk mencairkan kahak.
4. Berkumur Dengan Air Garam
Campurkan setengah sudu garam dengan secawan air suam dan kumur. Memang membantu untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan di kerongkong.
Apa yang penting bila terasa ada banyak kahak, pastikan minum air secukupnya. Boleh juga sapu Vicks di bahagian dada bermula dari kerongkong untuk memberi rasa kelegaan ketika tidur malam.
Semoga Petua Hilangkan Kahak Dengan Mudah Dan Berkesan ini membantu anda untuk menyelesaikan masalah kahak yang dihadapi. Selamat mencuba.

Nak Copy Boleh, bagi la kredit sikit yer.!! : http://sehinggit.blogspot.com/2016/08/4-petua-hilangkan-kahak-dengan-mudah.html#ixzz4LEnWNnnf
Follow us: SehinggitMedia on Facebook

 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 September 2016 in Artikel

 

Info Berguna

..Sakit di bahagian bahu. ●Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

*KEBAS TANGAN* :
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar

*KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN*
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

*KEBAS KAKI*:
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
*SAKIT TAPAK KAKI* :
●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

*SAKIT TUMIT KAKI*:
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

*RASA PANAS DI TAPAK KAKI* :
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

*GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI*:
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

*TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA*.
_Secara amnya_, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

*PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA*
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

*PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA*
● _Bahagian atas_ . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● _Bahagian bawah (tengkuk)_.
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

*SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA* :
●Menandakan penyakit migrain.

*BISUL TERJADI DI KEPALA*
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

*RASA PENING YANG MEMUSING*
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

*MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH* . _Tanda penyakit lelah_. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

*MUNTAH DARAH*
● _Darah merah_ : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

● _Darah hitam_: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser…

*LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK* :
●Tanda sakit jantung.
_KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT_ . ..Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

*KERAP KENCING*
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

*AIR KENCING BERKAPUR* ●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

*AIR KENCING BERMINYAK* :
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

*AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT* :
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

*AIR KENCING BERDARAH* :
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
~
.. *CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR*:
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

*SEMBELIT*:
Membersihkan toksin dari usus kecil.

*NAJIS BERDARAH*
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

*NAJIS BERWARNA HITAM*:
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

*BADAN* :Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

● Proses menyeimbangkan urat saraf.

● Menandakan luka di dalam badan.

● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

● Proses melancarkan pengaliran darah.

*BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH* . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

*BADAN TERASA PANAS* .
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

*BADAN TERASA RINGAN* :
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

*RASA TAKUT MENGEJUT*: ..Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

*CEPAT NAIK DARAH/MARAH* :
..Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

*RASA BIMBANG DAN TAKUT* :
..Sistem paru-paru yang lemah.

*RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB*:
.. Sistem jantung yang lemah.
.. Sistem saraf otak yang lemah.

Share… disimpan juga tak ada gunanya, lbh baik bantu di share… Selamatkan nyawa sahabat kita.TQ

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 September 2016 in Artikel