RSS

Monthly Archives: Julai 2016

Penawar Kencing Manis, Gunakan Cara Ini..

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 Julai 2016 in Artikel

 

Buat renungan

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 Julai 2016 in Artikel

 

Peringatan buat kita

Buat renungan kita bersama dari sudut hati paling dalam…

Sebelum kematiannya, Alexander The Great mengarahkan jeneralnya melakukan 3 perkara berikut:

Pertama – Keranda mayatnya diusung oleh doktor-doktor pakar terhebat.

Kedua – Semua hartanya (duit, emas, batu permata) ditebarkan disepanjang jalan menuju tapak perkuburan.

Ketiganya – Tangannya dibiarkan supaya terkulai dan terkeluar dari kerandanya.

Ditanya oleh salah seorang Generalnya, Alexander menjelaskan begini:

1. Aku mahu doktor-doktor terbaik mengusung keranda aku kerana aku mahu mengingatkan manusia bahawa disaat kematian, setinggi mana kepakaran doktor, dia tetap tidak akan boleh menghalang kematian.

2. Aku mahu jalan menuju ke kuburku dipenuhi dengan harta kekayaan aku supaya semua orang akan memahami segala harta kekayaan sudah tidak berguna dan tidak boleh dibawa mati. Ia tetap akan terus berada di dunia.

3. Aku mahu tangan aku terlepas bebas supaya ia mengingatkan yang kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan akan pergi juga dengan tangan kosong setelah sumber termahal kita hilang, iaitu MASA.

Kesimpulannya:

Tak kiralah betapa hebatnya kamu semasa hidupmu takkan mungkin kamu dapat menyelamatkan dirimu dari mati. Pada masa itu terputuslah segala2nya kecuali amal jariah dan warisan2 kebaikan yang kamu telah wakafkan kepada masyarakat dan keluarga kamu.

KEBAHAGIAAN HIDUP…

Pada saat kita memakai jam tangan berharga RM500 atau RM50, kedua jam itu menunjukkan waktu yg sama.

Ketika kita membawa beg atau dompet berharga RM500 atau RM50, keduanya sama dapat membantumu membawa sebahagian barang/wang.

Ketika kita tinggal di rumah seluas 50m2 atau 5.000m2, kesepian yg kita alami tetaplah sama.

Ketika kita terbang dengan “first class” atau “economy class”, kita akan mendarat di waktu dan tempat yg sama.

Kebahagiaan sejati bukan datang dari harta duniawi.

Jadi ketika kita memiliki pasangan, anak, saudara, teman dekat, teman baru dan lama… lalu kita berbual, bergurau, tertawa, bernyanyi, bercerita tentang berbagai hal, berbagi suka dan duka… itulah kebahagiaan sesungguhnya.

Hal penting yang patut direnungkan dalam hidup:

1. Jangan mendidik anakmu untuk obses menjadi kaya. Didiklah mereka menjadi bahagia. Apabila mereka dewasa kelak, mereka akan menilai segala sesuatu bukan dari harganya.

2. Kata2 yg terbaik: “Makan makananmu sebagai ubat. Jika tidak, kamu akan makan ubat2an sebagai
makanan.”

3. Seseorang yg mencintaimu tidak akan pernah meninggalkanmu kerana walaupun ada 100 alasan untuk menyerah, dia akan menemukan 1 alasan untuk bertahan.

4. Banyak sekali perbezaan antara “manusia & menjadi manusia”. Hanya orang bijak yg mengerti tentang itu.

5. Hidup itu antara “B” birth (lahir) dan “D” death (mati). Di antaranya adalah ada “C” choice (pilihan) hidup yang kita jalani. Keberhasilannya ditentukan oleh setiap pilihan kita.

Jika kamu mau berjalan cepat, jalanlah sendirian. Tetapi, jika kamu ingin berjalan jauh, jalanlah bersama sama.

6. Ada 6 doktor terbaik:

a. Keluarga.
b. Santai/rehat.
c. Bersenam.
d. Makanan yg sihat.
e. Sahabat/kawan.
f. Gembira/ketawa

Pelihara semua itu dalam semua aspek kehidupan & nikmatilah…

Wallahu a’lam…

 
Tinggalkan komen

Posted by di 14 Julai 2016 in Artikel

 

MONYET DAN DENDAM

Assalamualaikumwarahmatullahiwbrkth. . *Sila baca kisah yang amat menarik ini sampai habis*

Bismillaahirrohmaanirrohiim

*MONYET DAN DENDAM*

Di Afrika, ada sebuah teknik yang unik untuk berburu monyet di hutan Afrika. Si pemburu menangkap monyet dalam keadaan hidup2 tanpa menggunakan senapang dan ubat bius serta tanpa cedera.

Cara menangkapnya biasa-biasa saja, pemburu hanya menggunakan balang berleher panjang dan sempit. Balang itu diisikan dgn kacang yang telah diberi bau atau aroma untuk memikat monyet2 itu datang ke balang-balang itu.

Setelah diisi kacang, balang-balang itu ditanam dalam tanah dengan dibiarkan mulut balang itu tanpa tutup.

Para pemburu mula melakukannya di waktu petang. Besoknya, mereka akan menangkap monyet2 yang tangannya sudah terperangkap di dalam balang dan tangan mereka tak boleh dikeluarkan.

*Bagaimana monyet2 itu terperangkap ?*

Sesungguhnya haiwan hanya ada nafsu tapi tak menggunakan otak seperti manusia. Monyet-monyet itu akan tertarik pada aroma yang keluar dari setiap balang itu.

Mereka mengamati lalu memasukkan tangan untuk mengambil kacang2 yang ada di dalamnya. Oleh kerana menggenggam kacang itu, maka monyet2 itu tidak boleh menarik keluar tangannya.

Sepanjang mempertahankan kacang2 itu, selama itu pula mereka terperangkap.

Balang-balang itu terlalu berat untuk diangkat. Jadi, monyet2 itu tidak akan dapat pergi ke mana-mana..!

Sebenarnya monyet2 itu boleh selamat jika mau melepaskan genggaman tangannya, tapi mereka tak mahu melepaskannya…

Wahai Sahabatku…

Mungkin kita akan tertawa melihat tingkah monyet2 itu.
Tapi, tanpa disedari sebenarnya ramai manusia melakukan hal yang sama seperti monyet-monyet itu. Ini bermakna manusia mengikut hawa nafsu spt haiwan monyet itu walaupun mereka boleh berfikir manakala monyet tak boleh.

Mereka ini mengenggam erat setiap masalah yang dimiliki tanpa mahu melepaskannya.

Mereka sering menyimpan dendam, benci dan iri, tak mudah memberi maaf, tak mudah memaafkan.

Mulut mungkin berkata ikhlas, tapi dendam marah membara masih ada di dalam dada. Sehingga tak mampu melepaskannya. Terus mempertahankannya.

Bahkan, kadang-kadang membawa “balang-balang” itu ke mana pun & pada bila-bila mereka pergi. Mereka terus menjalani kehidupan ini dengan memikul beban berat itu.

Tanpa disedari, mereka sebenarnya sudah terperangkap dengan penyakit kepahitan yang berat, yg boleh pada merosakkan sel2 tubuh mereka, dan putusnya saraf-saraf DNA-nya.

Jika hal ini dibiarkan berlarutan, maka kemungkinan besar sel-sel yang rosak tadi perlahan berubah menjadi sel-sel barah..!!

Kajian tentang sel tubuh yg rosak menjadi sel barah inilah yang menyebabkan Prof. Dr. Bruce Lipton, dari USA, menerima hadiah Nobel dlm bidang Biologi Molecular.

Sebenarnya mereka akan selamat dari sakit berbahaya ini jika mereka mau melepaskan semua fikiran, perasaan dan emosi negatif (su’u zhon, kecemasan, marah, dendam, benci, iri dengki, menganggap diri benar, orang lain selalu salah…dll) terhadap sesiapa pun.

Jika kita perhatikan dalam kehidupan kita seharian masih ramai orang2 yg hatinya seperti tangan monyet tersebut.

Jom Sahabat2 *marilah kita lepaskan, maafkan, ikhlaskan*. Kita boleh.

*”Taqobbalallaahu minnaa wa minkum”*

Baarokallaahu Fiikum.

Ya Allah
Maafkan segala kesalahan dan khilaf Kami serta berkatikanlah umur kami dlm ketaatan kpdMu, Matikan kami dgn husnul khootimah dan izinkan kelak kami boleh bertemu dgnMu…

Yaa Robb…aamiin…
aamiin Ya Robbal ‘Alamin

ALLAHU ALAM

 
Tinggalkan komen

Posted by di 14 Julai 2016 in Artikel