RSS

Monthly Archives: Jun 2016

SOLAT SUBUH BERJEMAAH LEBIH UTAMA BERBANDING TARAWIH

SOLAT SUBUH BERJEMAAH LEBIH UTAMA BERBANDING TARAWIH

Fenomena biasa bulan Ramadan begitu ramai yang hadir waktu solah Terawih di Masjid namun jumlahnya jauh lebih sedikit waktu Solah Subuh. Sedangkan dari segi keutamaan dan fadilat, solat Subuh berjemaah jauh lebih utama berbanding Terawih. Dikongsikan sebahagian hadis2 mengenai fadhilat Subuh berjemaah:

1) Solat subuh berjamaah sama seperti pahala solat seluruh malam (HR Muslim)

2 Solat subuh disaksikan oleh para malaikat siang dan malam (HR Bukhori)

3) Apabila seseorang itu tahu akan kelebihan mendatangi jemaah solat Subuh & Isyak dimasjid ia pasti! ia akan usahakan datang walaupun dengan keadaan merangkak (HR Bukhori)

4) Di anugerah fadhilat besar didalam subuh itu ada solat fajar yg keistimewaannya melebihi dunia dan seisinya (HR Muslim)

5) Nabi s.a.w. telah mendoakan kerbekahan orang2 yg bangun subuh((Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

6) Orang2 yg menunaikan solat subuh, ia mendapat JAMINAN dari Allah SWT (HR Muslim)

7) Orang2 yg memelihara solat Subuh & Asar akan melihat Allah SWT di dalam syurga sebagaimana kita melihat bulan yg tidak terhalang.(HR Bukhori Muslim)

8) Orang2 yg memelihara solat subuh & asar (diawal waktu dgn istiqomah) ia akan masuk Syurga (HR Bukhori)-

9) Barang siapa yg bunuh orang yg solat subuh Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dasar neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Moga2 kita semua diberikan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dr Asyraf Wajdi

 
Tinggalkan komen

Posted by di 14 Jun 2016 in Artikel

 

Kebergantungan Sesama Manusia*

Syurga *lelaki* pada perempuan iaitu ibu.

Syurga *perempuan* pada lelaki iaitu *suami.*

Sehebat-hebat *suami* kena patuh pada *ibu.*
Sehebat-hebat *ibu* kena patuh pada *suami.*

Masa *hidup* anak perlukan *doa ibubapa.* Masa *mati* ibubapa perlukan *doa anak.*

Di *dunia* nasab itu pada *lelaki.*
Di *akhirat* nasab itu pada *perempuan.*

*Sehebat-hebat manusia*, bila mati dia tetap *perlukan orang lain* untuk *kebumi jenazahnya.*

*Setinggi-tinggi ilmu* yang manusia ada. Dia tetap perlu *belajar* daripada seorang *guru.*

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah *keluarga.*

Walau *sekaya* manapun seorang manusia. Dia tetap perlu *berurusan* dengan *orang lain…*

Seorang *General Manager* tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa *general worker.*

Seorang *raja* tidak berkuasa tanpa ada *rakyat jelata.*

Inilah manusia… *Lemah.* Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang *”Hamba”.*

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang *terbaik* dan *terhebat*???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf *ujub, riak, sombong dan hina.*

Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu *sombong dan merasa dia lebih baik.*

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia. Derita bila lihat orang lain derita.
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain.

Ingatlah…
Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.

Sesungguhnya Tuhan tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.

Sama2 kita renungkan…

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Jun 2016 in Artikel

 

Bagaimana Kita Dengan Allah???

Bagaimana Kita Dengan Allah???

Bila *ALLAH* sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. *Kita tak nampak *ALLAH*

Bila *ALLAH* berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak *ALLAH*

Bila *ALLAH* bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak *ALLAH*

Bila *ALLAH* bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak *ALLAH*

Bila *ALLAH* kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak *ALLAH*

Bila *ALLAH* keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak *ALLAH*

Bila *ALLAH* masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak *ALLAH*

Bila *ALLAH* bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar dan tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak *ALLAH*

Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar.. Dek keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Utk melihat Maha Mencipta disebalik kejadian..

Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat *ALLAH* dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dari *ALLAH* hidup untuk *ALLAH* dan balik kepada *ALLAH*. Semoga ruh para rasul, nabi, tabien, syuhada, para pejuang agama, ulama, saudara mara, sahabat handai kita yang telah pulang kepada *ALLAH* dicucuri rahmat.. Kita PASTI menyusul..

Salam Ukhwah kerana *ALLAH*

*Semoga ada kebaikan dan manafaat untuk semua, In Shaa ALLAH*

Selamat beramal dan beristiqomah.

# copy n paste utk dikongsi manfaatnyo.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 Jun 2016 in Artikel

 

SAAT BERBUKA PUASA : WAKTU MUSTAJAB DO’A

SAAT BERBUKA PUASA : WAKTU MUSTAJAB DO’A

Tahukah anda ada waktu mustajab do’a di bulan Ramadhan dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT?

Apa yang anda lakukan di bulan ramadhan ketika menjelang berbuka? Leka/lalai dengan sesuatu yang tidak berguna, atau sibuk dengan mempersiapkan juadah berbuka atau tertawa-tawa melihat hiburan di TV?
Padahal justru pada waktu inilah terdapat waktu mustajab untuk berdoa. yup, betul… waktu itu adalah saat berbuka puasa. Sayang sekali jika banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya.

“Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang terzhalimi”
(HR. Tirmidzi no.2528, Ibnu Majah no.1752, Ibnu Hibban no.2405, dishahihkan Al Albani di Shahih At Tirmidzi)

Saat-saat sebelum berbuka puasa semestinya kita jadikan momen yang tepat untuk meminta ampunan, dan meminta segala macam permintaan pada Allah.
Sesungguhnya Ia Maha Mendengar dan Mengabulkan segala permintaan. Hanya orang sombong lah yang enggan meminta dan berdoa pada-Nya.

Ya, berdoa meminta kepada Allah yg Maha segalanya.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚإِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Berdoalah kepadaKu, Aku akan kabulkan doa kalian. Sungguh orang-orang yang menyombongkan diri karena enggan beribadah kepada-Ku, akan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (QS. Ghafir: 60)
Di Mekkah & Madinah, satu jam sebelum adzan maghrib orang-orang sudah menengadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia maupun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras.

Kesalahan yg sering dilakukan kaum muslimin kita adalah dengan menyia-nyiakan waktu yg sangat mustajab tersebut dengan cara menonton TV atau jalan-jalan menjelang adzan maghrib, atau lebih memilih berkumpul menghadapi hidangan berbuka, dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca do’a berbuka puasa, padahal do’a buka puasa tersebut hanya mencakup maknanya berupa laporan & ucapan syukur.

Berikut adalah do’a buka puasa yang dicontohkan Rosul :

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

(Dzahabadh dhoma,u wabtalatil uruq wa tsabatal ajru insyaa,aLlah)

Artinya:
“Telah hilang rasa haus dan urat-urat telah basah serta pahala akan tetap insya Allah”
Doa tersebut diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Daruquthni, dihasankan Syaikh Nasiruddin Al-Albani dalam Irwaul Ghalil, Misykatul Mashabih dan Shahih Abi Dawud.

Setelah kita memahaminya, mulai saat ini mari kita merendahkan hati dan khusyu’ berdoa di saat-saat menjelang berbuka puasa, Hendaknya minima 10 minit atau 15 minit sebelum adzan maghrib ( sudah dalam keadaan berwudhu ) kemudian berdoa meminta apa saja ( jangan melupakan adab dalam berdo’a yaitu dengan didahului puji-pujian kepada Allah & bershalawat atas Nabi ).

Yakinlah Allah akan mengabulkan do’a-do’a kita, dalam hadits qudsi Allah berfirman, ” Ana Indzadhonni abdibi ” artinya : “AKU sesuai prasangka hamba Ku”, maka itu jagalah prasangka baik padaNya dalam berdo’a.

Ayuh ..mulai saat ini kita manfaatkan waktu mustajab dibulan Ramadhan ini dengan berdo’a,
Berdo’alah untuk diri kita, keluarga kita, orangtua kita, sahabat kita, negeri kita.

Jangan terperdaya dengan tipuan Syaitan bersama musuh2 islam yang lain. Mereka tahu betapa hebat ummat Nabi Muhammad SAW bila mereka berdo’a kepada Rabb nya disaat menjelang berbuka. Karena itu, mereka membuat tipu daya utk melalaikannya dgn program-program TV & media lainnya di waktu-waktu yang mustajab menjelang berbuka & menjelang sahur (2/3 malam) dengan suguhan acara yang membuat kita lalai dan larut dalam jebakan mereka, sehingga ummat muslim tak sempat dan ingat untuk berdo’a.

Semoga nasehat yg singkat ini bermanfaat bagi pribadi dan bagi umat yg belum mengetahui nya.

..أمـــــين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ..

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 Jun 2016 in Artikel

 

KERETA KENA SONDOL? Apa nak buat?

 

1. Jika ada org langgar kereta anda dari belakang, jgn panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Slps anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yg ada kamera dan keluar drpd kereta anda.

Ingat! Jgn ambil sebarang alatan yang merbahaya spt stearing lock, parang, peralatan yg diperbuat dpd besi dsg, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kpd org lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yg langgar anda td.

5. Apabila pemandu kenderaan yg langgar anda td keluar drpd kenderaannya, sapa lah dia dgn baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dgnnya, ttp jgnlah terus maki hamun kpdnya.

6. Tanyakan kpdnya dgn baik knp dia langgar kereta anda td? Kebiasaannya dlm situasi sebegitu masing2 akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jgn bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jln raya yg lain.

7. Kalau boleh minta tengok drp pemandu yg langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jgn paksa dia mengaku atau paksa dia byr wang kpd anda. Just bagitahunya, dari segi undang2, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain drpd belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yg melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang drpdnya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yg anda biasa berurusan utk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh2 walaupun anda ada urusan lain. Lagi cpt anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

10. Jgn lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jgn serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dpt segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

13. Dgn report polis tadi pergi ke jpj dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yg langgar kereta anda td.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim utk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan? Tak perlu gaduh2 dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kpd perlakuan jenayah.

Sumber: Facebook fazlyperodua@yahoo.com

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 Jun 2016 in Artikel

 

Bulan rahmat

 

Bila Ramadhan saya terkesan lihat seorang abang saya dia akan bangun awal setiap hari siapkan sahur buat isteri dan anak-anaknya. Dia akan bangun solat tahajud beberapa rakaat dan minta pada Allah. Selepas itu dia kejutkan isteri dan anak-anaknya. Kerjanya agak jauh dan kerja berat. Selepas Solat Subuh berjemaah dia akan terus pergi ke tempat kerja. Semenjak hampir 14 tahun yang lalu.

Isterinya pula akan siapkan juadah berbuka puasa. Mereka akan sentiasa buat kerja sama-sama. Memandangkan keduanya bekerja. Selepas Tarawih malam mereka berdua akan kemas dapur bersama-sama. Sebelum itu mereka hidupkan amalan Ta’lim. Saling mencintai dan menyayangi satu sama lain. Tak pernah nampak bertengkar atau bermasam muka. Itulah kehidupan suami isteri. Saling bantu membantu dan saling mengasihi.

Orang yang menyediakan sahur dan berbuka puasa teramatlah besar nilainya di sisi Allah. Kita dapat pahala macam orang yang berpuasa. Bergilir-gilirlah dan saling membantu dalam khidmat buat ahli keluarga dan juga orang lain.

Janganlah bulan Rahmat ini kita bebankan orang yang kita sayang. Ibu atau isteri kita setiap pagi bangun terkejut dan melompat. Dah bertahun..Berlari masak atau panaskan sahur. Berasap dapur pagi-pagi. Mana nak panaskan makanan dan air. Selepas tu nak kejutkan anak. Ada yang 5 kali kena kejut. Ada yang 10 kali kejut. Kejut suami lagi 30 kali. Masing-masing bangun muka masam. Mata belum buka. Ada yang pandai komplen makanan. Anak-anak pula ada makanan dan minuman masing-masing. Sampai migrain seorang isteri atau ibu itu. Sampai sakit. Jom kita mudahkan buat orang kita sayang kerana Allah.

Ayuhlah kita bantu isteri atau anak-anak bantulah ibu. Sekali sekala buat giliran yang dewasa siapkan sahur dan berbuka. Atau sama-sama buat dengan kasih sayang dan cinta. Bulan penuh rahmat dan keampunan Allah. Orang yang paling untuk orang khidmat. Semua orang yang puasa, solat, baca al-Quran, zikir dan semua kebaikan mereka dapat pahala. Tetapi orang yang khidmat menyediakan sahur dan berbuka buat mereka paling besar pahala. Dia dapat kebaikan puasa dan semua amal ahli keluarga.

Berebut-rebutlah siapkan juadah sahur dan berbuka buat seramai mungkin kerana Allah. Bantu isteri atau ibu kita kerana Allah.

SaidinaUmar ra khalifah besar angkat guni, pandai masak, hidupkan api, hidang dan gembira tengok sebuah keluarga susah makan. Abu bakr ra masa jadi khalifah sanggup tolong perah susu kambing dan siapkan barang keperluan seorang makcik tua dan cucunya. Rasulullah sangat rajin di rumah. Orang rajin di mana pun rajin. Kerana Allah. Senyum tengok ahli keluarga makan.

Jangan lupa jaga solat fardhu awal waktu berjemaah dan solat tahajud sebelum Subuh. Doa panjang -panjang sebelum buka puasa sangat makbul. Beri masa 10 minit ke 30 minit doa. Belajar berdoa dari hati- ya Allah sampaikan salam saya pada mak saya di sana. Ini puasa ramadhan saya yang pertama tanpa mak
– Ust ebit liew

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 Jun 2016 in Artikel