RSS

Monthly Archives: Mei 2016

Terapi Feng Fu

Screenshot_286

Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama….

Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika ditempelkan dgn ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.

Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.
Badan kita akan terasa ringan dan bertenaga.

Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.

Tempat tersebut ialahbtitik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.

Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.

Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pads titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi
mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu, memberikan stimulasi emosional yang positif dan ‘meremajakan’ seluruh tubuh.

Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.

Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi ini ternyata lebih efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Terapi ini juga dapat meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, keran teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah

Teknik ini mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.

Pada awalnya mungkin kits akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.
Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:
1. mengatasi sakit kepala dan migrain;
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. mencipta kesan relaks;
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. meningkatkan kualitu tidur;
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. mengatasi asma;
8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
10. membaiki sistem pencernaan;
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakananz;
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. menghilangkan selulit;
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapat manfaat. Semoga berjaya….

 

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 19 Mei 2016 in Artikel

 

Cara menjawab salam

Rupanya…cara yang kita jawab salam yg dikirim selama ini salah.
Allah…

Tapi takpe…lepas baca ni, kita dah belajar cara betul, inshaallah.
Semoga bermanfaat. =)

CARA MENJAWAB, JIKA *ORG BERKIRIM SALAM* KPD KITA:

97% muslim yang aku jumpa bila disebut: “Dila, Nana kirim salam”.
Akan dijawab,
“Yeke? WA’ALAIKUMUSSALAM”.

Nmpk mcm takde masalah kan?

Tertanya2 jgk apa masalahnya kan?
Yupp, memang ada masalah.

Sebenarnya, jelas di dalam hadis nabi SAW, nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen (org tengah) maka jawapan yg diberi kpd kiriman salam tu bukannya, ‘waalaikumussalam’

tapi…

“wa’alaika wa’alaihissalam”.

Sbb apa?
Intan suruh Azie kirim salam kat Aini.
Aini jwb ” *wa’alaikumussalam*”

Sdgkan:- ” *Wa’alaikumussalam* = *Selamat sejahtera ke atas KAMU*.

Jadi, salam Intan kpd Aini tak terjawab kan?
Sbb Aini doakan salam tu kepada Azie
SEDANGKAN Azie TU ORG TENGAH.
Manakala:-
*Wa’alaika wa’alaihissalam*= *dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera*.

Maka salamnya terjawab. Indahnya islam.

Note: hukum memberi salam itu sunat,tapi menjawab itu wajib. Jadi, kalau salah jawab, bermakna MASIH BELUM JAWAB.

*Sebarkan, jgn mintak izin, Ilmu2 Allah ni utk disebarkan.

Petikan dari FB Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Jazakallah khairan kathira

 
Tinggalkan komen

Posted by di 19 Mei 2016 in Artikel

 

RAHSIA AIR SEJUK DAN AIS

RAHSIA AIR SEJUK DAN AIS

Oleh: Fadilatus Syeikh Prof. Abd Majid Az-Zindani Hafizohullah.

Air sejuk & ais mempunyai rahsia yg sgt menakjubkan & dikira jg sbg I’jazul Ilmi (Saintifik Al- Quran), ianya dpt membunuh & mengusir syaitan, sihir yg tlh sebati dlm tubuh manusia dan bahkan, akan menyebabkan syaitan lari keluar drp badan manusia, kemudian pesakit itu akan mendpt kesihatan yg baik (insya Allah). Ada satu benda tetapi byk penyakit dlman & luaran dpt disembuhkan, iaitu air sejuk bersama ais.

Air bersama ais adalah ubat (dgn izin Allah) bg penyakit yg berkaitan dgn jiwa & fizikal manusia spt :
1. Was- was
2. Ketakutan
3. Perasaan bimbang
4. Kesedihan
5. Kegusaran
6. Kemurungan
7. Kejahatan diri
8. Panas baran
Iaitu dgn mandi ais & minum air ais.

Bahkan ianya merupakan ubat yg berkesan bg penyakit yg berkaitan dgn Rheumatology, sakit sendi(saraf), iaitu dengan meminum air bersama ais wlpn di musim sejuk & wlpn ketika dijangkiti dgn influenza, selsema & batuk yg sgt teruk.

Untuk penyakit rheumatology, sakit kepala, pening yang teruk adalah caranya dengan kita minum air bersama ais dan mandi dengan air ais.

Sekiranya ada sebahagian anggota badan yang sakit, perkara yang kita perlu buat adalah dengan ambil seketul ais dan meletakkan ais dikawasan anggota yang kita sakit dengan mengurut anggota itu dengan ais.

Amalkanlah amalan ini setiap hari dan mandi dengan air ais, terutama ketika kita marah dan kecewa, ketika musim panas atau musim sejuk.

Ini adalah kerana syaitan berjalan didalam saluran darah manusia dan akan menyebabkan juga kesakitan dan kita tak mampu memadam syaitan melainkan dengan air ais, kerana syaitan dan jin adalah dua makhluk yang diciptakan dari api(moga- moga Allah melindungi kita dari mereka). Air sejuk dapat menyakitkan dan menghalau syaitan dari tubuh manusia.

Dan ada sekelompok wanita yang menghadiri ceramah Prof. Syeikh Abd Majid Azzindani HafizohULLAH ketika itu, menyatakan kami bersumpah dengan nama Allah!, bahawa kami telah mengamalkan perkara ini kerana mengikuti nasihat kamu pada tahun lepas wahai Syeikh dan hari ini, kami dapat lihat perbezaan yang sangat besar dan mendapat kesembuhan daripada banyak penyakit.

Firman Allah:

وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ (41) ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ (42) .

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: ” Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)”. (41)

(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): ” Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu ” (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): ” Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) “. (42).

Dan sebagaimana doa Rasulullah SAW:

اللهم اغسلني عن الذنوب والخطايا بالماء والثلج والبرد

Ya Allah bersihkanlah diri aku daripada dosa, kesalahan dengan air, salji dan (air) sejuk.

Maha Suci Allah!!!

Kebaikan- kebaikan mandi dengan air sejuk terlalu banyak sehinggakan Allah Azza Wa Jalla telah berfirman kepada hambanya yang soleh iaitu Nabi Ayub A.S, ketika Allah mengkhendaki kesembuhan bagi hambaNya daripada penyakit,

ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ (42) .

Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu ” (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): ” Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) “. (42).

Kebaikan- kebaikan air sejuk sangat banyak yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang dan tidak ramai yang mengamalkannya. Bagi kami, cukuplah kisah Nabi Ayub A.S yang sembuh menggunakan air sejuk.

Kesan dan kebaikan air sejuk keatas tubuh manusia adalah:
1. Mengurangkan pembengkakan anggota
2. Menegangkan kulit dan mencegah kedutan kulit
3. Membaik pulih sis
tem pernafasan manusia
4. Mencergask
an badan dan tekanan otot jantung
5. Menguatkan antibodi badan dan melawan penyakit
6. Mencergaskan kelenjar tiroid dan melambatkan keletihan badan.
7. Meningkatkan sistem nervosum, yang membantu kecepatan tindak balas manusia
8. Mencergaskan otot jantung manusia dan meningkatkan daya tahan manusia untuk menerima berita- berita yang tidak baik.
9. Mengaktifkan kelenjar pankreas dan ianya akan menghasilkan hormon insulin yang akan mempercepatkan pemprosesan gula dalam darah. Oleh sebab itu kita melihat ramai orang- orang tua yang sihat di negara besar seperti china kerana mereka sentiasa mandi secara beramai- ramai di tasik- tasik yang sejuk, yang suhunya mencapai kepada tahap sejuk beku. Dengan cara ini, ia akan meningkatkan antibodi badan dan membaiki sistem organ dalaman manusia. Oleh kerana itu, janganlah kita mengabaikan penggunaan air sejuk ketika kita mandi.
10. Bagi mereka yang ada masalah was- was juga dinasihatkan untuk menggunakan air sejuk kerana ianya dapat memusnahkan sihir dan gangguan. Sebagaimana firman Allah:

وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: ” Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)”.

Maka ketika itu, Allah menyembuhkan nabi Ayub dengan memerintahkan hambaNya mandi dengan air sejuk.

Adapun mandi dengan air panas, Ibnu Sina menyebut:
“Air panas dapat menghasilkan kecerdasan fizikal dan tenaga manusia”.
Ini adalah bagi mereka yang takut untuk mandi menggunakan air sejuk. Tetapi pada hakikatnya ketika kita sudah mandi, kita akan merasakan kesegaran badan dan saraf.

*Sekiranya berlaku kesilapan, samada dari sudut fakta, istilah dan lain- lain lagi, mungkin berlaku kerana kelemahan penterjemah untuk memahami artikel bahasa arab.

#International_Prophet_Medical_Company
#IPMC
#Thibbun_Nabawi
#Perubatan_Nabawi

 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Mei 2016 in Artikel