RSS

Monthly Archives: April 2016

10 tip utk yg nak jadi parent

Utk para ibu2 tersyg…
Dari Prof Muhaya Salam semua..
Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent….dah jadi parent…. Yang Baru jadi parent semula…. Sama2 kite amalkan…. Terutama tip yg no 6 tu….
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..”, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya “, [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi “. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
via : Prof. Dr. Muhaya
#silakan share untuk manfaat kita bersama..

 
Tinggalkan komen

Posted by di 23 April 2016 in Artikel

 

20 tanda awal penyakit kanser

Satu ketika dulu, jarang mendengar orang sekeliling menghidap penyakit kanser. namun hari ini, penyakit yang digeruni ini semakin dekat dengan diri kita. Rakan-rakan di sekeliling dan juga ahli keluarga sudah ada yang disahkan menghidap kanser.

Kerap juga kita mendengar penyakit kanser payudara, kanser rahim, paru-paru dan sebagainya yang baru disedari oleh mereka rupa-rupanya sudah berada di tahap kritikal dan tidak boleh dirawat lagi. Menakutkan tapi inilah yang banyak berlaku.

Memang selalu berlaku penghidap kanser hanya menyedari diri menghidap kanser apabila penyakitnya sudah berada pada tahap akhir. Pengesanan pada tahap kritikal ini amatlah lewat.

Sakit Biasa Mungkin Kanser
Sebenarnya pada peringkat awal kanser menyerang tubuh, tanda-tanda penyakit ini sudah ada tetapi kita sering memgendahkannya. Kita mengandaikan tanda-tanda itu suma sakit biasa sahaja.

Berikut adalah tanda-tanda amaran kanser yang perlu diambil perhatian.

1. Sakit perut atau senak perut. Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulang kali mendapat atau mengalami sakit perut tanpa sebab.

2. Sakit seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas mungkin tanda kanser pankreas

3. Perut kejang dan sakit perut berterusan. Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukemia kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah.

4. “Asid Perut” kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit. Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu.

5. Kehilangan berat badan. Anda seorang yang tidak aktif tetapi jika berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan. Ketahuilah bahawa ini adalah petanda awal kanser kolon.

6. Jaundis atau demam kuning. Barah pankreas, satu lagi salah satu ‘pembunuh senyap’ sering ditemui apabila seseorang menghidap jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah.

7. Berdehit atau sesak nafas. Sesak nafas, sakit dada atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru.

8. Batuk yang kronik atau sakit dada. Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronkitis yang teruk.

9. Kerap demam atau terkena jangkitan. Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan atau keupayaan melawan jangkitan kuman.

10. Kesukaran menelan. Ia sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak. Kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga.

11. Bengkak muka. Sesetengah pesakit kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.

12. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan lehar, ketiak atau pangkal paha (ketulan). Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada peher, ketiak atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.

13. Lebam teruk atau pendarahan yang tidak berhenti. Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan.

14. Sembelit, cirit-birit dan perubahan dalam najis boleh menjadi tanda-tanda kanser. Seperti dengan banyak gejala lain, cara untuk memberitahu jika ini adalah perkara yang membimbangkan ialah jika ia berlaku pada lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas seperti flu atau keracunan makanan. Mereka yang didiagnosis menghidap kanser kolon sering memberitahu bahawa mereka lebih kerap membuang air besar dan masih tidak merasa lawas. Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti sepatutnya.

15. Sukar membuang air kecil. Tanda-tanda awak kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing. Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti.

16. Masalah ereksi. Sukar mendapat atau mengekalkan ereksi adalah juga tanda anda mnghidap kanser prostat.

17. Sakit pada pangkal paha, pinggul atau abdomen. Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, paha atau bahagian paling rendah di belakang. Kanser prostat yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di kaki.

18. Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya. Sakit belakang boleh bermakna segala macam perkara. Sakit belakang pinggang dan lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen atas dan belakang dalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser pankreas.

19. Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, menjadi berkerak atau berdarah dengan mudah. Kebanyakan kita tahu bahawa tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik kering. Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit – melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus dan periksa kulit dengan teliti di seluruh tubuh untuk mengesan pertumbuhan yang kelihatan ganjil atau bintik.

20. Perubahan pada kuku. Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada kuku boleh manjadi tanda beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan kanser kulit. Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah boleh menjadi tanda kanser paru-paru.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 April 2016 in Artikel

 

Pencuri tak boleh keluar rumah

(Pencuri Tidak Boleh Keluar Rumah, Dia Nampak Laut Dia Nampak Air)

“Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut… , dia nampak air…

Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen didapur… atau dia duduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah… atau dalam bilik mandi…”

DOA dan AMALAN mengelakkan rumah yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.

Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::

1 Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)

2 Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3x)

3 Baca Ayatul Qursi ~ (1x)

4 Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)

“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Bermaksud :: “Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.

5 Lafazkan “BISMILLAHITAWAKKALTUA’LALLAH” ~ “LA HAULAWALA KHUWATA I’LLA BILLAH ‘ILL ‘ALIYIL ‘AZIIIM”

Tp kita sebagai org islam walaupun perlu tegas dgn penyamun kita perlu ada sifat bertimbang rasa atau kasihan.. lepas baca tu jgn lupa tinggalkan pelampung di setiap sudut rumah agar penyamun tu tak lemas dilautan.. jangan diletak jetski plak nti dia meronda dalam rumah tu nanti

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.

Amin.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 April 2016 in Artikel

 

WANITA PALING TABAH DAN KUAT

Masa saya di airport nampak seorang wanita bawa 5 orang anaknya. Semua masih kecil-kecil lagi. Saya sebak melihat begitulah keadaan wanita. Dia boleh urus anak 5 orang seorang diri. Dia bawa satu beg dalam tu ada tiket dan semua dokumen penting anak-anak. Dengan anak menangis, bergaduh, menjerit dan yang nak susu. Tolak dan bawa barang banyak-banyak. Ya Allah..

Saya dalam hati berdoa ya Allah sayangilah isteriku di rumah. Sayangilah ibuku. Terasa sebak bila tengok tugas wanita. Siang malam uruskan semua seorang diri. Ke mana-mana uruskan anak dan diri seorang diri. Itulah hidup mereka sampai bila-bila…ya Allah.

Dia tegur saya minta saya bergambar dengan anak-anaknya di airport..dia minta saya jaga anak-anak sekejap dia nak ke bilik air. Biasanya seorang wanita masuk bilik air kena bawa anak-anak kecil semuanya. Ya Allah…kasihankan..

Kemudian dia menangis bercerita. Kenapa lelaki ini susah nak faham kami. Saya jaga anak ini seorang diri. Suami macam tiada perasaan. Dia sentiasa marah saya di rumah. Kuat mengamuk. Tidak langsung bantu kerja rumah.

Bila dia balik saya buatkan air. Dia tak pernah pandang muka saya. Bila saya tanya dia jawab macam tak nak jawab. Saya bercerita dia tak pernah dengar. Saya mengadu sakit lengan dan pinggang kerana urus anak-anak. Dia kata biasalah tu. Rehatlah. Pergilah klinik.

Saya baru nak berehat minta tolong dia jaga anak-anak. Dia marah saya. Katanya saya pun penat.awak bukan kerja jagalah anak-anak ini..

Setiap kali ajak pergi klinik dia kata dia sibuk..saya dari anak pertama sampai sudah terpaksa sendiri ke klinik check up. Kalau dia datang pun duduk jauh-jauh. Tunggu dalam kereta..

Tak tanya apa-apa pun. Tak pernah nak bermain-main dengan anak-anak. Saya sambil masak, sambil lari urus dan main-main dengan anak-anak. Saya buang sampah, kemas baju kotor, rumah bersepah, nasihat dan ajar anak-anak. Saya silap sikit dia maki saya.

Ini saya balik kampung dia sibuk kerja. Langsung tak hantar ke airport. Saya pergi dan urus sendiri semuanya..memang semua lelaki begitu ke ustaz?kenapa jadi begini..

Bila saya sebut pasal duit mesti dia ungkit semuanya penat kerja. Duit tak cukup. Saya guna duit tu pun untuk barang dapur dan kelengakapan rumah.

Syukur saya dengar ceramah ustaz dan baca buku Tangisan Umat. Ia seperti ubat kesedihan hati saya. Menangis dan air mata sambil baca buku ustaz. Betul ustaz lega bila ada orang nak mendengar. Kita bukan nak marah suami. Kita cuma nak luah. Tapi bila luah jadi bergaduh..saya sayang dan cinta suami saya. Dia pun sayang saya. Saya nak mahligai syurga bersama suami

Saya sebak kerana wanita memang hebat. Istimewa di sisi Allah. Orang kuat khidmat dengan ikhlas sentiasa dapat dekat dengan Allah disayangi Allah. Hati mereka lembut. Hati mereka suci berkat suka memberi khidmat.

Oleh itu hargailah isteri. Berilah masa mendengar, melihat mereka, hargai mereka. Mereka sanggup buat apa sahaja buat suami dan agama bila mereka dicintai dan dihargai. Mereka lembut dan hati mereka lembut. Berilah pujian, penghargaan, tengok mereka. Beri hadiah. Bantu kerja rumah. Beri nafkah. Dengar mereka. Dengari mereka fahami mereka.. mereka sudah tiada siapa lagi. Tiada apa-apa lagi. Hanya untuk suami dan anak-anak dan smeuanya hanya kerana Allah…

Saya tak tahu kenapa kita tergamak menyakiti hati orang kita sayang. Masa saya nak keluar rumah tadi saya menangis. Saya rindu isteri saya. Kalau makan sedap saya mesti tak selera makan kerana nak bawa ibubapa dan isteri saya makan dulu. Saya selalu menangis rindu pada keluarga..

Bila dapat bersama, bermanja, melihat isteri berehat dan senyum itulah nikmat dalam hidup saya…Saya teramat sayang isteri saya. Tapi saya juga banyak kelemahan dan sentiasa berdoa ingin menjadi yang terbaik buat isteri saya. Saya memang terlalu hormat pada ibu dan isteri saya. Sebab saya lihat ibu dan isteri saya siang malam berkorban buat saya. Senyuman mereka bahagia buat saya. Saya takkan berhenti dan boleh duduk diam jika mereka bersedih. Biarlah air mata kegembiraan asbab diriku ini. Ramai lelaki yang baik seperti ini di mana-mana saya jumpa. Begitulah betapa korbannya wanita diluar sana. Sayangi dan hargai mereka.Janganlah sia-siakan mereka.masa akan tiba tak lama pasti kita akan menyesal..itulah hari penyesalan…i love u bidadariku sayang Airis HayFarayqal.

~ petikan dari nukilan ebit lew
*gambar hanya sekadar hiasan

 
Tinggalkan komen

Posted by di 3 April 2016 in Artikel

 

Fakta Daun Ganja

1. Daun ganja boleh hasilkan kertas sangat bermutu melebihi kualiti double AA kerana tidak akan kuning simpan lama untuk ribuan tahun. Menariknya 1 ekar pokok ganja sama dengan 4 ekar hutan perlu ditebang bagi hasilkan kertas.

2. Seluar jean yg bermutu tahan lama, like better than Levis memerlukan daun ganja. TAHUKAH ANDA JEANS LEVI’S 501 YANG PERTAMA DIBUAT DARI FIBER GANJA

3. Biji pokok ganja boleh hasilkan minyak bagi buat plastik yg plastik tu mesra alam.

4. Biji benih pokok ganja tinggi protien guna untuk produk makanan.

5. Pokok ganja ada jantan dan betina, imej daun ganja yg famous tu pokok betina, pokok jantan pulak kurang daun dan tidak menarik.

6. Keajaiban ganja dalam bidang perubatan akan membuatkan syarikat ubat Freemason terancam dan gulung tikar.

SEBAB UTAMA FREEMASON HARAMKAN GANJA

1. Pokok Marijuana, canabis, ganja, pot atau hemp TIDAK menimbulkan ancaman kepada masyarakat umum, sebaliknya Pokok Ganja adalah sangat berbahaya bagi syarikat-syarikat minyak, alkohol, tembakau industri dan sejumlah besar syarikat-syarikat kimia. Berbagai perniagaan besar, dengan pelaburan berbillion ringgit menggunakan pengaruh mereka, dengan menekan kebenaran melalui undang2.

2. Kebenarannya adalah jika ganja itu ditanam macam pokok kelapa sawit dan digunakan untuk dijadikan produk komersil, hal itu akan membuat bom atom industri! Pengusaha belum pernah dididik tentang potensi produk dari pokok ganja ini. Billionaire dan golongan2 elit telah bersekongkol untuk menyebarkan maklumat yang salah tentang tanaman yang sangat serbaguna ini, dan jika digunakan dengan betul, akan menghancurkan syarikat mereka.

3. Mana Perkataan buruk pasal ganja ini datang? Pada pertengahan tahun 1930-an, Pelabor industri arak, rokok dsb yg bakal terjejas telah membuat propaganda menodai nama baik dan fenomenal sejarah tanaman ganja …

SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP MARIJUANA
Ganja adalah satu tumbuhan herba sebagaimana juga daun ketum,jika di ambil mengikut sukatan tertentu untuk menyembuhkan penyakit ia di bolehkan.

Kita akan hidup lebih sihat jika HOSPITAL dan FARMASI menjual ubat berasaskan ganja dan ketum, habbatus sauda, Zafaran etc.. tetapi sebaliknya kita disuruh telan pil2 merbahaya ciptaan Freemason (Rockefeller) yg mana pil2 itu sebenarnya meracun kita perlahan2.

Harus diingatkan bahawa, sesungguhnya ganja itu adalah sejenis tumbuhan, tumbuhan yang diciptakan ALLAH S.W.T , setiap tumbuhan ciptaan tuhan itu adalah yang paling baik, dan harus diingatkan bahawa pokok ganja itu sudah lama wujud sebelum tahun kelahiran Rasulullah lagi. Jadi sekiranya ia berbahaya & dikategorikan sebagai dadah, sudah pastinya rasulullah melarangnya.

itu 1, yang ke-2, ( mabuk ) ok, mari bukak kamus, mabuk itu adalah khayal, khayal bermaksud ( tidak berkelakuan seperti manusia normal ) jadi adakah ganja membuatkan penghisapnya jadi tidak normal?

Jika anda kata yva, sesungguhnya fakta anda salah, jawapannya TIDAK, orang yang menghisap ganja tidaklah khayal, tetapi merehatkan minda dan fizikal si penghisapnya, kebiasaannya orang yang tengah mabuk akan merogol, membunuh dan bertindak ganas sehingga sanggup melanggar undang2 negara, tetapi ganja tidak memyebabkan semua tu, kesan sampingan hisap ganja hanya ada 3 bende sahaja, saye ulang, 3 bende sahaja iaitu LAPAR, HAPPY DAN CERGAS ..

Kalau masih nak tetapkan pendirian anda dengan mengatakan ganja itu dadah, biar saye quote kan apa yg selalu org kata ” Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan.

Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya ” ok, si penghisap ganja tahu bahawa ganja tidak menyebabkan ketagihan, dan tidak memberikan sebarang kemudaratan,TAK PERCAYA? Cuba tanya rawatan pemulihan dekat mana2 pusat serenti yang terdekat tentang cara rawatan penghisap ganja, anda sendiri akan tahu, jadi masih layakkah ganja diketegotrikan sebagai dadah?

Anda masih dengan pendirian kawan bahawa ganja membawa kemudaratan? cuba tengok GULA dan GARAM, hari2 kita menggunakaan gula dan garam dalam masakkan kita right? kalau tak letak garam, sedap tak masakkan kita? tidak bukan, macam tulah ganja, ia digunakkan untuk masakan, seperti gula dan garam, chopp, apa kaitan ngan kemudaratan kawan tanya? haha, gula dan garam jika digunakkan hari2, diambil dalam sukatan yg berlebihan, akan menyebabkan kemudaratan pada diri, jadi haramlah kan??

Iyalah, sebab anda cakap apa sahaja yang menyebabkan kemudaran adalah dadah, think about it ok, chopp, ulang balik, gula dan garam hari2 guna kalau tak guna ish memang tanak langsung la makan, betol tak? jadi secara automatiknya gula dan garam tu dah jadi satu ketagihan, tapi kene ingaat, kita boleh kawal bukan? haa , macam tu la ganja, kita boleh kawal penggunaannya, bukan bergantung hidup padanya, kita boleh kawal seperti kita kawal penggunaan gula dan garam, jadi masih layakkah ganja itu dikategorikan sebagai dadah?

Ganja termasuk dlm ketogori herba yg mujarab sebagai ubat serbaguna, malah tidak mendatangkan ketagihan..malah mnjadi ubat untuk menghilangkan ketagihan dadah kimia jenis lain..tp kenapa masih mengangap ia dadah merbahaya?

Kematian yg diakibatkan oleh ROKOK adalah berjuta setiap tahun..Kematian yg disebabkan penggunaan ubat tahan sakit (Painkiller) adalah dalam lingkungan 25000 orang di US sahaja…kematian akaibat tercekik kacang setiap tahun adalah dlm lingkungan seribu orang setiap tahun..Saudara tahu tak berapa orang mati di DUNIA akibat penggunaan Ganja? 0…yea..KOSONG..

Setakat ini,tiada kematian yg didokumentasi yg berpunca daripada penggunaan Ganja…Malah ganja juga tidak mendatangkan ketagihan..kesan sampingannya cuma merasa lapar selepas penggunaan.. Anggapan ganja menghancurkan rumah tangga adalah salah sama sekali.. Masalah tersebut adalah bepunca daripada dadah sintetik yg menyebabkan ketagihan melampau..sekali lagi ingin saya ulangi,ganja tidak menyebabkan ketagihan.. Jika anda seorang perokok dan beranggapan bahawa GANJA itu berbahaya, ROKOK sebenarnya beribu kali ganda bahaya daripada ganja..

ANDA SEBENARNYA TELAH DI MIND CONTROL OLEH MEDIA2 PRO MASON….

Masyarakat kita sekarang ni memang mudah dipengaruhi oleh pengaruh Yahudi-Freemason. contoh..yg baik diharamkan dan yang haram pula dianggap baik…

Kita harus membuka mata masyarakat, mengajar serta memberi pengatahuan yg lebih mendalam tentang kegunaan sebenar pokok semulajadi ini.. Malah kegunaannya yg serba boleh telah terbukti beberapa tahun sblum ianya diharamkan dlm undang2 ciptaan Freemason. Pengharaman ini adalah berpunca dari Yahudi-Freemason yg mempertikaikan penggunaan pokok tersebut demi kepentingan sendiri.. secara saitifik pakar2 kesihatan telah pun membuktikan bahawa kegunaannya dlm industri perubatan amatlah bekesan.. Tetapi, Yahudi-Freemason mahu kita menjadi hamba ubat-ubatan (dadah+kimia) berbahaya ciptaan mereka yg bukan menyembuhkan,tetapi meredakan utk sementara, malah menimbulkan penyakit lain pula dikemudian hari.

Filem seperti Reefer Madness (1936), Marihuana: Assassin of Youth (1935), Marihuana: The Devil’s Weed (1936) adalah beberapa cara propaganda lain yang nampak sengaja menciptakan Ganja sebagai ‘musuh’. Tujuannya? Projek Mind Control, dan untuk meminta restu dari publik demi meluluskan Undang-undang Anti Ganja.

Undang-undang Malaysia menghalalkan ROKOK dan ARAK, tetapi mengharamkan ganja. Ini kerana kerajaan malaysia ikut telunjuk Freemason.

Tiada tumbuhan ciptaan Allah yg sia-sia termasuk pohon GANJA

 
Tinggalkan komen

Posted by di 3 April 2016 in Artikel

 

Kisah Dunia Seorang Wanita Ketika Mandikan Mayat Seorang Pelacur!

Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur).
Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.Semua penduduk dan ulama’ gempar akan hal itu.Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.
Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada 2 pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus.Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masihlagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa.
Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu : “Apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya”?Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.
Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dantakut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata :“Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar dan memukul-mukul berkali pada batang tubuh si mati”.
Imam Malik berkata : “Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi.”Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.
HIKMAH & PELAJARAN :
Jaga lidah jangan sebarkan fitnah. Jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah Taala. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun,tapi kalau kita tak pernah lihat perbuatan maka kita dilarang menuduhnya berzina. Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan ikhtibar. Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat,negeri atau negara, yang mana kita tidak menyaksi dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari, kita akan menerima balasannya, walaupun peristiwa berlaku. Berhati-hatilah semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.
Semoga bermanfaat dan MOHON VIRALKAN…!!
Mudahan-mudahanAllah selalu mempermudah langkah kita, di manapun dan dalam keadaan apapun kita berada. Aamiinn..

 
Tinggalkan komen

Posted by di 3 April 2016 in Artikel

 

Tunjuk, Henti & Samun

Baru-baru ini telah dikesan taktik penjenayah yang cuba melakukan rompakan terhadap pemandu kereta yang sedang memandu di jalan raya.

Taktik yang diguna pakai penjenayah seperti berikut:

• Menunggang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dan menunjukkan tanda isyarat tangan ke arah tayar bahagian kiri atau kanan.

• Sekiranya pemandu tidak berhenti pada waktu itu, datang sebuah motosikal lain (kedua) dinaiki dua lelaki menunjukkan perkara yang sama bagi mewujudkan rasa khuatir dalam diri pemandu supaya memberhentikan kenderaan ke bahu jalan.

• Apabila pemandu memberhentikan kenderaan, suspek akan turun dari motosikal dan menuju ke bahagian kiri atau kanan tayar dan meminta pemandu melihat kerosakan yang dialami.

• Pada masa yang sama, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang pertama turut memberhentikan motosikal mereka tidak jauh dari kenderaan mangsa.

• Apabila mangsa keluar dari kenderaan atau menurunkan cermin kereta. Suspek dari motosikal pertama akan bertindak melarikan kereta mangsa atau memaksa mangsa untuk keluar dari kenderaan sebelum melarikan kereta.

NASIHAT

1. Sekiranya anda berada dalam keadaan yang dinyatakan terus memandu ke balai polis berdekatan atau kawasan yang ramai orang atau berhenti di kawasan ‘safety point’ antaranya 7-Eleven, Pos Malaysia dan stesen minyak Petron.

2. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis motosikal, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).

3. Memastikan nombor telefon bilik gerakan mana-mana balai polis berdekatan.

4. Membunyikan hon kereta beberapa kali untuk menarik perhatian penggunakan jalan raya sekiranya berada dalam situasi kecemasan.

5. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 3 April 2016 in Artikel