RSS

Monthly Archives: Mac 2016

KISAH IMAM AHMAD, PENJUAL ROTI DAN ISTIGHFAR.

Suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal pergi bermusafir lalu apabila malam menjelma beliau singgah disebuah masjid dalam satu perkampungan bertujuan merehatkan badannya.

Namun penjaga masjid itu tidak mengenali Imam Ahmad. Penjaga masjid itu tidak membenarkan beliau berehat di masjid itu walaupun beberapa kali diminta dan dirayu oleh Imam Ahmad.

Imam Ahmad akur lalu beliau beredar dari masjid tersebut. Sampai di luar masjid Imam Ahmad bertembung dengan seorang penjual roti yg sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Si penjual roti menegur Imam Ahmad dan mereka berbual seketika. Setelah mengetahui kisah Imam Ahmad tidak dibenarkan berehat di masjid, penjual roti itu lantas mengajak dan mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam di rumahnya.

Sampai sahaja di rumah si penjual roti melayan Imam Ahmad selayaknya sebagai seorang tetamu. Dihidangnya makan dan minum dan berbual seketika tanpa dia mengetahui bahawa tetamunya itu seorang imam yg hebat iaitu Imam Ahmad bin Hanbal. Selepas itu si penjual roti menunjukkan tempat tidur utk Imam Ahmad berehat dan dia pun meminta diri kerana perlu menyiapkan rotinya yg akan dijual keesokan hari.

Imam Ahmad memerhatikan sahaja si penjual roti yg berhati mulia itu melaksanakan pekerjaannya dari awal hingga dia siap membakar rotinya. Suatu perkara yang menarik perhatian Imam Ahmad, sepanjang melakukan pekerjaan membuat roti itu si penjual roti tidak putus melafazkan istighfar di bibirnya. Sementara tangan si penjual roti ligat membuat kerja, bibirnya pula dibasahkan dengan istighfar tanpa henti dan tanpa jemu.

Lantas Imam Ahmad bertanya kepada si penjual roti:
“Aku melihat engkau melaksanakan pekerjaanmu sambil melafazkan istighfar tanpa henti. Apakah sudah lama engkau mengamalkan yang sedemikian? Apakah pula hasilnya yg engkau dapat?”

Jawab si penjual roti:
“Itulah amalanku (istighfar) telah sekian lama aku lakukan tanpa henti dan tanpa jemu.”

“Dan faedah yg aku dapati daripada amalanku itu, tiada satu pun doa yg aku pohon kepada Allah melainkan akan diperkenankan oleh-NYA. Melainkan satu sahaja hajat dan doaku yg masih belum Allah berikan.”

“Apakah hajatmu yg belum diperkenankan Allah itu?” tanya Imam Ahmad lagi.

Jawab si penjual roti:
“Aku sangat berhajat utk bertemu dengan imam yg hebat di zaman ini iaitu Imam Ahmad bin Hanbal.”

Terkejut dan terkedu Imam Ahmad mendengar jawapan si penjual roti. Lantas beliau berkata:
“Rupanya ini semua perancangan Allah yg sgt hebat. Saya tidak dibenarkan berehat di masjid kerana untuk datang ke sini demi memenuhi doa dan permintaanmu.”

“Apakah maksudmu wahai tetamu aku muliakan?” tanya si penjual roti dgn penuh kehairanan.

“Akulah Imam Ahmad bin Hanbal yg kau doa dan pohon pada Allah utk bertemu.” jawab Imam Ahmad dengan linangan air mata.

Subhanallah…

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:

“Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan baginya pada setiap kesedihannya jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka.”

(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 31 Mac 2016 in Artikel

 

Darah yang ajaib…

Berikut fakta mengagumkan tentang darah kita….

1). Apabila Gelas diisi air putih, dititiskan darah segar (manusia), maka air berubah menjadi merah kerana darah bercampur rata tanpa diaduk.

● Kesimpulan:
Air putih itu sangat baik untuk tubuh/darah kita.

2). Gelas diisi air garam, dititiskan darah segar, diaduk. Tetap tidak tercampur dengan baik/rata, terlihat darah menggumpal kecil-kecil dan kental.

● Kesimpulan:
Terlalu banyak makan garam, darah jadi kental, menyebabkan penyumbatan pada pembuluh darah, jantung harus bekerja lebih keras mengepam,boleh mengakibat kan darah tinggi dan stroke.

3). Gelas diisi minyak, dititiskan darah. Tidak mau bercampur dan menggumpal besar.

● Kesimpulan:
Terlalu banyak makan makanan berminyak tidak baik, kolestrol menyumbat pembuluh darah yg mengalir ke jantung, menyebabkan penyakit jantung yang meninggikan risiko kematian kerana boleh tiba2 sesak nafas dan tidak dapat dibantu.

4). Gelas diisi alkohol, dititiskan darah. Terus bercampur, tapi lama2 darah berubah warna menjadi coklat, bererti darah menjadi rosak.

Mari kita sampaikan perkara yg baik walaupun satu ayat,
semoga bermanfaat untuk kesihatan tubuh dengan menjaga pola makanan setiap hari.

Semoga bermanfaat…!!!

 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 Mac 2016 in Artikel

 

Kehidupan Kerohanian..

Di sebuah desa, terdapat seorang lelaki soleh hidup seorang diri, yang menghabiskan sebahagian besar masanya berdoa, berpuasa dan memuji-muji Allah. Kebanyakkan masa jaganya digunakan untuk bertafakur dan beribadat. Dia sangat berpuas hati dengan tahap perjalanan kerohaniannya. Tiada fikiran dan hasutan jahat sempat singgah dalam hatinya.

Suatu malam, dia bermimpi yang sangat menggangu fikirannya kerana dia melihat seorang pekedai di pekan yang lebih tinggi tahap kerohaniannya berbanding dirinya dan dia mesti berjumpa dengannya untuk belajar perkara ASAS hidup kerohanian yang sebenarnya.

Paginya dia ke pekan untuk mencari pekedai tersebut. Dia jumpa pekedai itu sedang sibuk dan ceria berurus niaga dengan pelanggan. Dia duduk di satu sudut kedai sambil memerhatikan pekedai itu dengan teliti. “Tiada suatu pun tanda-tanda kehidupan kerohanian…” bisik hati kecilnya atau mungkin mimpinya yang berdusta? Kemudian, dia lihat pekedai itu menghilangkan diri untuk menunaikan solat dan selepas itu dia kembali semula leka dengan urusan dunianya.

Pekedai itu mula perasan yang dia sedang diperhatikan lalu bertanya kepada lelaki itu jika dia ingin membeli sesuatu. Lelaki itu menjawab yang dia tidak mahu membeli apa-apa lalu berkongsi cerita tentang mimpinya.

“Ohh! Ianya sangat mudah untuk dijelaskan,” jawab pekedai tersebut,”tetapi anda kena buat sesuatu sebelum saya memberikan jawapannya.”

“Saya akan lakukan apa saja.” jawab lelaki itu.

“Baiklah, ambil piring ini dan di dalamnya ada sedikit cecair merkuri. Pergi ke hujung jalan sana dan patah balik ke sini dalam masa setengah jam. Jika cecair merkuri jatuh ke bawah, anda tidak mendengar apa-apa dari saya”

Lelaki itu mengambil piring dan mula berjalan sambil memastikan cecair merkuri tadi tidak bergoyang-goyang jatuh ke bawah. Masa semakin suntuk semasa berpatah balik dan dia terpaksa berjalan dengan laju menuju ke kedai tersebut. “Ini dia cecair merkuri anda masih selamat.” kata lelaki itu, “sekarang tafsirkan pula mimpi saya.”

Pekedai itu memandang wajah lelaki yang keletihan itu sambil bertanya, “Berapa kalikah anda ingat kepada Allah sepanjang anda berjalan sampai hujung sana dan kembali semula ke sini?”

“Ingat Allah?” teriaknya, “saya tidak ingat langsung sebenarnya. Saya hanya bimbangkan tentang merkuri dalam piring ini.”

“Tetapi saya mengingati-Nya sepanjang masa,” jawab pekedai itu, “semasa saya berurus niaga, saya juga membawa cecair merkuri di dalam piring. Saya berlaku adil, jujur dan berhemah bila saya berurusan dengan mereka namun saya tidak pernah melupakan-Nya!”

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 Mac 2016 in Artikel

 

BUATLAH TINDAKAN SEBAIKNYA UTK IBUBAPA KITA, SUPAYA ANAK2 DAPAT BUAT SEBAIKNYA UTK KITA…

Rumah ibubapa adalah rumah bagi anak-anak tapi tak semua rumah anak adalah rumah ibubapa..

Anak-anak boleh bebas dalam rumah ibubapa, makan apa sahaja, tengok siaran tv ikut suka dan guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka…

Tapi…
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak. Tak boleh masak sesuka hati, makan apa yang ada dalam peti ais ikut suka dan buat apa sahaja ikut suka. Anak tetap akan berkecil hati dengan ibubapa..

Begitu juga…
Kenderaan ibubapa adalah kenderaan anak-anak. Anak-anak boleh guna kenderaan ibubapa ikut suka hati. Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah. Kalau rosak semua ibubapa tanggung..

Tapi…
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna. Apa tah lagi dengan sesuka hati. Takut rosak la, takut langgar la, takut calar la.

Kalau guna pun. Pastikan minyak penuh semula. Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kepada anak- anak.

Itulah bezanya ibubapa dengan anak-anak.. Ibubapa sntiasa mengasihi anak-anak, Tapi anak-anak… Belum tentu mengasihi ibubapa.

Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa. Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yang ada..

Tapi…
Anak-anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta..

Inilah diantara isi kandungan kuliah
Ustaz Suhaimi yang sangat terkesan & realistik dalam keadaan dunia yang akhir zaman.

Mudah2an kita tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti..

 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Mac 2016 in Artikel

 

Rezeki…

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat, Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan, Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian, Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna, Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung, Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah.. Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya. Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 4 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja. Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan. Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, “Dari mana dan digunakan untuk apa”

Kerana rezeki hanyalah “hak pakai”, bukan “hak milik”…

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.  Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 3 Mac 2016 in Artikel