RSS

Monthly Archives: Januari 2016

Dikerumuni Pak Hitam

HANYA kerana terlintas di fikiran yang tidak menyenangi tingkah laku dan perbuatan beberapa warga asing yang dianggap kasar dan tidak terurus, perjalanan ibadah sepanjang berada di tanah suci menjadi terganggu dan tidak khusyuk.
Berikut perkongsian pengalaman Saad (bukan nama sebenar) ketika ditemui baru-baru ini. Merupakan lokasi perhimpunan manusia terbesar dunia, tidak kira masa Masjidil Haram tidak pernah sepi daripada dikunjungi daripada umat Islam daripada seluruh pelosok dunia.
Mengimbas pengalaman yang dilalui, Saad yang mengunjungi Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah pada empat tahun lalu berkata, peristiwa itu timbul apabila dia yang kali pertama menjejaki kaki ke rumah Allah itu perlu bersesak melakukan tawaf bersama beberapa warga asing berkulit hitam.

Berbeza saiz fizikal orang Asia terutama di Malaysia yang lebih kecil berbanding golongan itu, Saad yang ditemani ibunya telah ditolak sehingga terpisah daripada petunjuk tawaf (mutawwif) kumpulan rombongan jemaah daripada Malaysia yang disertai.
Perkara itu katanya, menjadikan dia hilang arah daripada mengelilingi Kaabah kerana tidak mempunyai pengalaman melakukan umrah sekaligus menaikkan rasa marah serta tidak senang dengan perbuatan golongan itu.

“Pertama kali ketika memasuki pintu Masjidil Haram dan melihat orang yang sangat ramai mengelilingi Kaabah sudah membuatkan hati gementar, apatah lagi melihat susuk tubuh kebanyakan mereka yang lebih besar. Oleh kerana berada dalam kumpulan, saya lebih bergantung kepada mutawwif yang disediakan.
“Dengan takdir Allah SWT ketika membuat pusingan tawaf saya telah bersesak bersama beberapa kumpulan orang kulit hitam yang berjalan dengan agak kasar sehingga membuatkan saya dan emak terputus daripada pusingan tawaf. Justeru, dalam hati saya timbul rasa tidak puas hati kepada individu tersebut.
“Seperti ada magnet, selepas daripada itu, saya rasa seperti diekori oleh golongan tersebut. Tidak kira ke mana saya pergi pasti ada sahaja orang kulit hitam berhampiran dengan saya,” katanya.
Pada mulanya dianggap kebetulan, namun setelah beberapa hari berada di Tanah Suci, Saad terus berhadapan dengan golongan kulit hitam membuatkan hatinya terdetik kesalahan yang terlintas dalam fikirannya itu ketika pertama kali melakukan tawaf.
“Pada awalnya saya tidak berapa menghiraukan dan cuba menenangkan hati dengan menganggap mungkin masa kehadiran rombongan saya itu serentak seperti rombongan daripada negara itu yang mengunjungi Mekah.
“Namun tidak habis di situ, lebih menghairankan ketika sedang meluruskan saf untuk solat di Masjidil Haram, datang seorang berkulit hitam dengan bertubuh agak tinggi dan berbadan besar menyelit di sebelah saya, sedangkan ruang hanya cukup-cukup sahaja ketika itu.
“Ia sekali lagi menimbulkan rasa tidak berpuas hati saya terhadap mereka. Sehinggalah ketika dalam solat itu saya menyedari mungkin ini kifarah yang Allah berikan secara terus kepada saya kerana berfikiran buruk terhadap orang lain,” ujarnya.
pengalaman dan pengajaran
Siapa sangka, orang yang pada awalnya tidak disenangi memberi pengajaran dan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila bagi Saad.
Kejadian itu katanya berlaku, ketika ia ingin merapati Kaabah dalam situasi yang agak sesak lalu terdapat golongan yang juga berkulit hitam memberi ruang bagi memudahkan usaha tersebut.
“Terlintas dalam hati saya ingin cuba mencium batu Hajarulaswad atau sekurang-kurang melakukan solat sunat di dalam lingkaran Hijr Ismail dan mencium Kaabah. Secara perlahan-lahan saya merapati Kaabah kerana terdapat ramai orang yang sedang tawaf.
“Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Setelah membuat dua pusingan mengelilingi Kaabah, berlaku keajaiban yang tidak disangka apabila seorang wanita berkulit hitam yang memberikan saya ruang untuk mencium kelambu Kaabah.
“Saya menitiskan air mata ketika sujud kerana terharu. Saya juga sangat bersyukur kerana berpeluang untuk solat di dalam Hijr Ismail walaupun tidak berkesempatan mengucup Hajarulaswad,” jelasnya.
Saad berkata, pengalaman penuh makna itu mengajarnya erti kesabaran di samping tidak mudah melakukan diskriminasi terhadap orang lain yang berbeza bangsa, budaya dan warna kulit.

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 Januari 2016 in Artikel

 

Bagaimana Kurangkan Penggunaan Data Ketika Menonton Video Di YouTube?

Dengan harga jalur-lebar yang semakin meningkat, disamping syarikat telekomunikasi yang menetapkan had kuota, mungkin ramai yang ingin menjimatkan penggunaan data ketika melakukan beberapa perkara, dan salah satunya ketika menonton video di YouTube.

Kini, dengan mudah anda boleh melakukannya melalui teknologi terbina daripada Google, dipanggil sebagai YouTube Feather. Buat masa ini, sokongan ini masih lagi pada peringkat beta, dan tidak berfungsi pada semua video.

YouTube Feather memfokuskan kepada mengurangkan data yang dimuat-turun ketika menonton sesuatu video di YouTube. Perkara ini dicapai dengan mengurangkan perkara yang diperlihatkan pada halaman tersebut, selain turut mengoptimasikan saiz video yang dimainkan.

Ketika YouTube Feather diaktifkan, anda akan dapat melihat beberapa elemen dibuang daripada halaman YouTube, termasuk sokongan panel informasi, panel perkongsian, dan beberapa sokongan lain, disamping sedikit perubahan pada bahagian komen.

Sekiranya anda berminat mengujinya sendiri, boleh ke laman YouTube Feather hari ini, dan mengaktifkan fungsi tersebut sendiri untuk akaun anda, disamping pada masa yang sama menjimatkan penggunaan data internet anda.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 Januari 2016 in Artikel

 

INI YANG AKAN TERJADI KEPADA TUBUH ANDA LEPAS MINUM AIR KELAPA 7 HARI BERTURUT-TURUT!

Sejak dahulu lagi rata-rata masyarakat mengatakan air kelapa memiliki kesan yang paling mujarab pada kesihatan manusia.

Anda mungkin pernah mendengar tentang minyak kelapa dan beberapa manfaat yang yang terdapatdidalamnya. Namun pernahkah anda minum air kelapa selama 7 hari berturut-turut?

Air kelapa sememangnya sangat baik jika diminum setiap hari, dan kesan dari pengambilan air ini lama-kelamaan dapat dirasai sendiri oleh anda.

Ini Yang Akan Terjadi Kepada Tubuh Anda Lepas Minum Air Kelapa 7 Hari Berturut-Turut!
Ini Yang Akan Terjadi Kepada Tubuh Anda Lepas Minum Air Kelapa 7 Hari Berturut-Turut!
Ajaibnya, air kelapa dan plasma darah dalam aliran darah manusia mempunyai struktur yang serupa. Hal ini dibuktikan dengan penggunaan air kelapa sebagai pengganti darah semasa zaman perang di masa suatu ketika dahulu, dan dengan cara ini banyak nyawa manusia dapat diselamatkan.

Hari ini air kelapa telah digunakan di seluruh dunia, dan anda boleh menemuinya di pelbagai tempat di persekitaran kita. Kadangkala rasa airnya tidak lagi segar, tetapi daya detoksifikasi dan manfaat kesihatan lain dari air kelapa sangat tak diragukan lagi.

Apa yang terjadi apabila anda minum air kelapa dalam 7 Hari?

Dipetik dari laman healthyfoodteam.com, air kelapa boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh anda dan menghilangkan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing, gonorea, penyakit gusi dan virus yang menyebabkan selesema, jangkitan pelbagai penyakit dan tifus.

Air kelapa dapat meningkatkan tenaga dan pengeluaran kelenjar hormon tiroid. Air kelapa bertindak sebagai diuretik semulajadi dan sangat membantu bagi orang yang mempunyai penyakit buah pinggang. Ini akan membantu membersihkan saluran kencing dan saluran pundi kencing. Berkhasiat menghilangkan racun dan membantu memecah batu buah pinggang.

Air kelapa mengandungi jumlah serat yang tinggi, sehingga sangat baik untuk pencernaan.

Kerana air kelapa rendah lemak, anda boleh meminumnya dalam jumlah banyak. Air kelapa akan mengurangkan nafsu makan anda kerana selepas meminumnya anda akan merasa kenyang, jadi secara tak langsung membantu penurunan berat badan.

Cuba basahkan kapas atau kain dengan air kelapa dan letakkan pada kulit jika anda mempunyai jerawat, kulit berminyak atau kering. Air kelapa akan membuat kulit lebih bersih dan segar, dan pori-pori akan terbuka.

Campur air kelapa dengan minyak zaitun untuk membersihkan pencernaan dan menghilangkan parasit usus.

Para pengkaji mendakwa bahawa air kelapa juga membantu mengatasi beberapa masalah kesihatan semasa mengandung. Dengan hanya satu cawan air kelapa anda akan menyeimbangkan elektrolit, sehingga anda akan terhindar dari hipertensi atau juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi.

Jika anda ingin kulit anda cerah dan dilindungi sepanjang hari, minumlah satu gelas air kelapa. Jika anda kehilangan terlalu banyak tenaga dengan aktiviti fizikal yang meletihkan, anda boleh memulihkan tenaga anda dengan air kelapa. Air kelapa akan memberikan kesan positif pada setiap bahagian tubuh anda yang letih.

Air kelapa juga sebagai anti oksidan sehingga membantu sistem kekebalan tubuh yang kuat, meningkatkan tenaga, menghindari dari bakteria dan jangkitan, penurunan berat badan dan banyak manfaat lain.

Sumber : Sport Musang

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 Januari 2016 in Artikel

 

13 kata “JANGAN MENUNGGU” yg perlu dihindari

1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.
2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.
3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.
4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka.  akan dipedulikan ….
5. Jangan menunggu orang memahami kamu. baru kamu memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.
6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
7. Jangan menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.
8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.
9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.
11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka kita akan berjaya.
12. Jangan menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!
13. Jangan menunggu waktu luang utk Tuhan,
Tapi luangkan waktu utk Tuhan,
Dan… Jangan menunggu lama lagi untuk share tulisan ini kepada semua orang yang anda kenal…
Sehingga kita semua tersedar dari lena yg panjang dan berjaya bersama….

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 Januari 2016 in Artikel

 

KISAH SEORANG LELAKI YANG INGIN MEMUKUL RASULULLAH S.A.W.

Kisah ini berlaku kepada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat.

Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya. Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid.

Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang
sahabat membawanya ke masjid. Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil
semua para sahabat datang ke masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat. Semuanya rasa terubat
rindu setelah agak lama tidak
dapat melihat Rasulullah S.A.W.

Lalu Rasulullah S.A.W. mula
berkata: “Wahai sahabat-sahabatku semua!
Aku ingin tanya pada kamu
semua…. apakah telah aku
sampaikan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya Allah
S.W.T. itu adalah Tuhan yang
layak di sembah?”

Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, ” Benar! Engkau telah sampaikan kepada
kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. adalah Tuhan yang layak disembah”.
Rasulullah S.A.W. berkata:
“Persaksikanlah ya Allah!
Sesungguhnya aku telah
sampaikan amanah ini kepada mereka”. Kemudian baginda berkata lagi…….dan setiap apa yang baginda perkatakan, akan
dibenarkan oleh semua para
sahabat.

Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat agak sedih dan terharu….
Rasulullah S.A.W. berkata:
“Sesungguhnya! Aku akan pergi bertemu Tuhan…….dan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala urusan dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada
kamu semua…… siapakah di
kalangan kamu yang aku ada
hutang dengannya…..sila
bangun…..aku ingin selesaikan hutang tersebut. Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam
keadaan ada hutang dengan
manusia”.

Ketika itu semua sahabat
diam………….sedang dalam hati masing-masing berkata “Mana ada Rasullullah S.A.W. berhutang dengan kami……….sebenarnya kamilah yang banyak berhutang dengan baginda”.

Rasulullah S.A.W. mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali.
Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama AKASYAH. lalu dia
berkata:

“Ya Rasulullah!
Aku ingin
ceritakan dulu perkara ini. Andai ianya dikira hutang, maka aku minta kau jelaskan. Andainya ianya bukan hutang, maka tidak
perlulah engkau berbuat apa-
apa”.

Rasulullah S.A.W. berkata:
“Ceritakanlah wahai Akasyah”.

Maka Akasyah pun mula bercerita:
“Aku masih ingat lagi ketika
perang Uhud dulu, satu ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda,…yang sebenarnya cemeti itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri di
sebelah belakang kuda yang
engkau tunggang wahai
Rasulullah”.

Mendengar yang demikian, terus Rasulullah S.A.W. berkata:
“Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah! kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama”. Dengan suara yang agak tinggi, Akasyah berkata:
“Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah!”.

Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang demikian. Sedangkan ketika itu
sebahagian sahabat berteriak
memarahi Akasyah…. “Sesungguhnya engkau
tidak berhati perut wahai
Akasyah! …..bukankah Baginda sedang sakit!”

Akasyah tidak menghiraukan
semua itu. Rasulullah S.A.W. meminta Bilal mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya Fatimah.

Bila Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah, maka Fatimah bertanya:
“Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?”.

Bilal menjawab dengan nada
sedih : “cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul Rasulullah”.
Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata:
“Kenapa Akasyah hendak pukul ayahku Rasulullah!……ayahku sedang sakit……..kalau nak pukul, pukullah aku ini anaknya”.

Bilal menjawab:”Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka
berdua”.

Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Akasyah.

Setelah mengambil
cemeti, Akasyah mara ke hadapan menuju mimbar.
Tiba-tiba bangun Abu bakar
menghalang Akasyah sambil
berkata:
“Wahai Akasyah! kalau kamu
hendak pukul, pukullah aku……. aku orang yang mula-mula
beriman dengan apa yang
Rasulullah S.A.W. samp
aikan.
Akulah temannya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku”.

Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
“Duduklah kamu wahai Abu
Bakar!….ini bukan urusan kamu. Ini antara aku dengan Akasyah”.

Akasyah mara lagi ke
hadapan……lalu bangun pula
Umar menghalang Akasyah seraya berkata:
“Akasyah! kalau engkau hendak pukul, pukullah aku……. Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu………
Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad. Kalau engkau nak sakiti dia, maka
sakitilah aku dulu….”.

Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
“Duduklah kamu wahai Umar! Ini urusan antara aku dengan
Akasyah”.

Akasyah mara lagi ke
hadapan…….tiba-tiba bangun
pula Ali bin Abu Talib sepupu
Rasulullah S.A.W.

Dia menghalang Akasyah seraya berkata:
“Akasyah! pukullah aku wahai
Akasyah. Darah yang sama ada pada tubuh aku ini wahai
Akasyah”.

Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
“Duduklah kamu wahai Ali! ini
urusan antara aku dengan
Akasyah” .

Akasyah mara lagi ke
hadapan……tiba-tiba tanpa di
sangka, bangunlah dua orang
cucu kesayangan Rasulullah
S.A.W. iaitu Hassan dan Husin. Mereka berdua merayu dan meronta.
“Wahai pak cik! pukullah kami
wahai pak cik……….Datuk kami sedang sakit……pukullah kami wahai pak cik…..sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan
Baginda………..pukullah kami
wahai pak cik”.

Lalu Rasulullah S.A.W berkata:
“Wahai cucu-cucu kesayanganku!
duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah”.

Bila sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata:
“Macam mana aku hendak pukul engkau ya Rasulullah! Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau hendak aku pukul engkau, maka turunlah ke bawah
sini”.

Rasulullah S.A.W. memang
seorang insan yang baik. Baginda meminta beberapa orang sahabat memapahnya ke bawah. Baginda didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah berkata lagi:
“Semasa engkau pukul aku dulu, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah”.

Tanpa berlengah, dalam
keadaan  lemah……Rasulullah membuka baju. Lalu kelihatanlah tubuh
Baginda yang sungguh indah,
sedang beberapa ketul batu
terikat di perut Baginda…..ini
menandakan Baginda sedang
menahan kelaparan.

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:
“Wahai Akasyah! bersegeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Tuhan akan murka pada
kamu”.

Akasyah terus menghampiri
Rasulullah S.A.W……..lalu mula untuk menghayunkan tangan yang memegang cemeti untuk dipukulkan ke tubuh Rasulullah S.A.W.

Rupa-rupanya sambil Akasyah menghayun cemeti, sambil itu juga dia membalingkan cemeti ke
arah lain…..dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh
Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya. Sambil berteriak menangis, Akasyah berkata:
“Ya Rasulullah, ampunkanlah
aku……maafkanlah aku……mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya
Rasulullah……..sengaja aku
melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu…….kerana
sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan
sesungguhnya aku takut dengan api neraka……..maafkanlah aku ya Rasulullah”.

Rasulullah S.A.W. dalam keadaan penuh hiba lalu berkata:
“Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada Akasyah”.

Semua sahabat tidak dapat.
menghalang titisan air mata yang mencurah di pipi masing-masing. Sambil itu semua para sahabat
beramai-ramai memeluk
Rasulullah S.A.W.

MENANGIS LAH SEPUAS-PUASNYA MOGA DGN TANGISANMU DAPAT MEMBUKTIKAN KECINTAAN KITA KEPADA KEKASIH KITA NABI MUHAMMAD SAW…AMIIN.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 Januari 2016 in Artikel

 

10 Petua Memasuki Gerbang Tahun 2016

1.  Ilmu.
Tingkatkan ilmu. Jadilah orang yang cerdik dan bermaklumat. Jauhi sifat bergantung dan percaya dengan maklumat yang tidak diketahui puncanya.

2 Rezeki.
Carilah rezeki yang halal. Elakkan sikap sambil lewa dalam mencari harta kerana daripadanya tumbuh darah daging kita. Kelak Allah tanya.

3  Infaq.
Kerapkan infaq harta, jangan takut papa. Itu bekalan sangat berharga di Akhirat sana.

4  Al-Quran.
Baca dan baca. Jangan tunggu bulan puasa. Kitab ini Allah bagi untuk kita, dampinginya sepanjang masa.

5 Masa.
Isikan dengan perkara yang berkualiti. Masa yang pergi tidak dapat diganti, masa yang berbaki tidak tahu banyak mana lagi.

6  Keluarga.
Utamakan keluarga. Hargai ahli keluarga anda, insyaAllah bahagia.

7  Silaturrahim.
Eratkan. Sengketa, jauhkan. Pasti umurmu bertambah, rezekimu akan mewah.

8  Manfaat untuk orang lain.
Lagi banyak anda memberi khidmat kepada orang lain, lagi banyak Allah beri kebaikan kepada anda, percayalah.

9  Pemaaf.
Jadilah seorang pemaaf. Ia tidak sia-sia. Allah suka, orang pun suka.

10 Kesihatan.
Jagalah kesihatan supaya senang beribadat dan tidak menyusahkan orang. Jaga pemakanan, banyakkan senaman.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 Januari 2016 in Artikel

 

Muhasabah untuk diriku dan dirimu…

Suatu hari  Seorang lelaki  bertanya kepada seorang ustaz…
“Ustaz,..kenapa yaa saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-beginiiii terus, hambar, tak ada variasinya, tak ada nikmatnya Bosan saya ustaz,, ingin sangat bahagia tapi kenapa susah ya?”.
Maka ustaz tersebut pun menjawab :
“Ooh.. Mungkin saat ini Allah juga  bosan dengan abang.”
“Allah bosan dengan saya? Maksudnya Macamana ustaz?” tanya si lelaki itu kembali…
Ustaz menjelaskan :
“Disana  Allah  mencari- cari abang tak pernah ketemu-ketemu.

Dicari diantara ahli dhuha, abang tak ada.

Di Cari Diantara ahli tahajjud juga tak ada.

Di Cari Diantara ahli puasa sunnah,  juga tak ada.

Di Cari Diantara ahli sedekah, juga tak kelihatan.

Di Cari Diantara ahli Qur’an, abang juga tak ada di sana.

Di Cari Diantara ahli umrah, niat pun abang belum ada….

Di Cari Diantara orang-orang Yang khusyuk sholatnya, abang juga tak ada.

Di Cari Di antara ahli selawat pun tak ada.

Di Cari Diantara yang menuntut ilmu apa tah lagi.
Lalu Allah mau cari abang dimana lagi,,,?

Maka….
Menangis lah si lelaki tersebut sambil mengusap air mata nya, dia beristighfar.
Segeralah kembali kepada Allah, mendekatlah kepada Allah.
Hanya Allah satu-satunya yang boleh menenteramkan hidup kita.

Subhanallah…
فاستبقوا الخيرات…

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 Januari 2016 in Artikel