RSS

Monthly Archives: Mei 2015

Bagaimana Kurangkan Penggunaan Data Ketika Menonton Video Di YouTube?

Dengan harga jalur-lebar yang semakin meningkat, disamping syarikat telekomunikasi yang menetapkan had kuota, mungkin ramai yang ingin menjimatkan penggunaan data ketika melakukan beberapa perkara, dan salah satunya ketika menonton video di YouTube.

Kini, dengan mudah anda boleh melakukannya melalui teknologi terbina daripada Google, dipanggil sebagai YouTube Feather. Buat masa ini, sokongan ini masih lagi pada peringkat beta, dan tidak berfungsi pada semua video.

YouTube Feather memfokuskan kepada mengurangkan data yang dimuat-turun ketika menonton sesuatu video di YouTube. Perkara ini dicapai dengan mengurangkan perkara yang diperlihatkan pada halaman tersebut, selain turut mengoptimasikan saiz video yang dimainkan.

Ketika YouTube Feather diaktifkan, anda akan dapat melihat beberapa elemen dibuang daripada halaman YouTube, termasuk sokongan panel informasi, panel perkongsian, dan beberapa sokongan lain, disamping sedikit perubahan pada bahagian komen.

Sekiranya anda berminat mengujinya sendiri, boleh ke laman YouTube Feather hari ini, dan mengaktifkan fungsi tersebut sendiri untuk akaun anda, disamping pada masa yang sama menjimatkan penggunaan data internet anda.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 Mei 2015 in Tips Komputer

 

Bagaimana Mengelak Ikon Baru Ditambah Pada Homescreen Setiap Kali Anda Pasang Aplikasi Di Android?

Bagaimana Mengelak Ikon Baru Ditambah Pada Homescreen Setiap Kali Anda Pasang Aplikasi Di Android?

Bagi anda yang memasang pelbagai aplikasi pada telefon pintar anda, mungkin salah satu perkara yang kurang digemari adalah apabila setiap pemasangan menambah ikon baru pada homescreen – yang mana sekaligus akan memberikan kesan kepada susunan homescreen anda.

Sekiranya anda menggunakan peranti tanpa talam aplikasi – seperti Huawei, Honor, Xiaomi dan sebagainya, perkara ini mungkin tidak dihiraukan. Tetapi sebaliknya sekiranya anda menggunakan peranti seperti Samsung, HTC, Sony, Asus dan lain-lain, ia mungkin memberikan sedikit kesan.

Bagi anda yang tidak menyukai ikon baru ditambah pada homescreen untuk setiap aplikasi baru, anda boleh mematikannya dengan membuat sedikit perubahan pada halaman tetapan.

Untuknya, anda hanya perlu membuka aplikasi Google Play Store, dan pilih Settings pada bahagian menu. Seterusnya, pada bahagian tetapan, pastukan anda tidak menandakan menu yang tertulis “Add Icon to Home Screen“.

Dengan membuat perubahan tetapan ini, tiada lagi sebarang ikon baru yang akan ditambah ke homescreen anda setiap kali anda memasang aplikasi baru.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 Mei 2015 in Tips Komputer

 

Bagaimana Menggunakan Kamera Peranti Android Sebagai WebCam Komputer Anda?

Kadangkala, mungkin anda tidak berpuas-hati dengan kualiti gambar pada webcam terbina di komputer anda, ataupun malas menggunakannya memandangkan ia sukar untuk digerakkan sesuka hati. Kini, sebagai alternatifnya, anda boleh mencuba salah satu aplikasi yang dinamakan sebagai SmartCam, dalam menggunakan kamera Android anda sebagai webcam untuk komputer anda.

Untuk makluman, SmartCam ini bukan sahaja boleh digunakan bersama-sama dengan peranti Android, tetapi turut sama disokong untuk Symbian, Bada, dan turut didatangkan dalam bentuk format JME. Manakala untuk digunakan pada komputer pula, para pengguna perlu memuat-turun sebuah perisian khas dengan nama serupa, yang ditawarkan untuk Windows dan juga Linux.

Menghubungkan Peranti Ke Komputer

Semestinya seperti semua sedia maklum, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menghubungkan peranti kepada komputer. Untuk menjayakannya, anda boleh lakukan dalam dua bentuk pilihan, iaitu menggunakan rangkaian WiFi ataupun Bluetooth.

Untuk tips kali ini, kami akan gunakan sokongan WiFi, dimana anda turut sama boleh mencubanya menggunakan Bluetooth.

Pada peranti anda, tekan butang menu dan pilih Settings. Ini mungkin sukar untuk dilakukan pada peranti Android baru yang menggunakan skrin sentuh sepenuhnya tanpa butang menu (membuatkan kami tidak boleh mengujinya pada HTC One V).

Sebaik sahaja memasuki halaman tetapan, pilih Connection Type, dan tetapkannya sebagai TCP/IP (WiFi). Seterusnya pada bahagian pilihan Remote Server, masukkan alamat IP komputer anda.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui alamat IP komputer mereka. Untuk mendapatkannya, buka Command Prompt, dan taip ipconfig /all. Pelbagai perkara berkaitan alamat IP anda akan diperlihatkan. Anda hanya perlu mencari bahagian Wireless LAN adapter Wi-Fi, dan masukkan alamat berdasarkan kepada apa yang tertera pada bahagian IPv4 Address.

Sebaik sahaja selesai memasukkan alamat IP, kembali kepada halaman utama aplikasi SmartCam, tekan butang menu kembali, dan pilih Connect.

Ia akan dihubungkan kepada komputer anda secara automatiik, dan anda akan dapat melihat paparan gambar yang dipancarkan daripada kamera peranti Android anda terus pada skrin komputer.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 Mei 2015 in Tips Komputer

 

Bagaimana Merakam Desktop Menggunakan VLC Media Player?

Terdapat beberapa perisian yang menawarkan kebolehan untuk pengguna merakamkan desktop – terutamanya untuk anda merakamkan tutorial dan sebagainya. Kebanyakkannya hadir dengan penawaran tersendiri, dan terdapat juga beberapa perisian yang berbayar. Tetapi, sekiranya anda inginkan sesuatu perisian yang percuma dan sedia terdapat pada kebanyakkan komputer hari ini, ia adalah VLC Media Player.

VLC Media Player merupakan salah satu pemain media sumber terbuka dan sedia menyokong pelbagai jenis format video untuk dimainkan. Ia juga turut hadir dengan pelbagai fungsi tersembunyi yang tidak diketahui ramai, dan salah satunya adalah kebolehan untuk merakamkan skrin desktop dalam bentuk video.

Untuk mula merakamkan video menggunakan VLC, anda terlebih dahulu perlu membuka perisian tersebut pada komputer anda, dan klik pada menu “Media“, seterusnya pilih “Open Capture Device“.

Seterusnya, pada menu pilihandrop-down di bahagian Capture Media, pilih pilihan untuk “Desktop“.

Anda akan diperlihatkan dengan sebuah halaman baru, dimana anda boleh memilih frame-rate untuk rakaman desktop anda. Biasanya, anda boleh memilih pada kadar 15fps untuk rakaman desktop biasa untuk tujuan tutorial.

Seterusnya, pada menu yang drop-down pada bahagian bawah yang memperlihatkan “Play“, klik padanya, dan buat pilihan “Convert“.

Seterusnya, pada pilihan yang disediakan pada bahagian “Destination File”, anda boleh memilih dimana anda ingin menyimpan fail video yang akan dirakamkan anda itu, dan seterusnya menamakan fail berkenaan.

Selesai semuanya, anda boleh klik pada “Start” dan seterusnya memulakan rakaman desktop anda dengan minimize tetingkap VLC. Untuk menghentikan rakaman, anda hanya perlu membuka tetingkap VLC dan menekan butang “Stop”.

Penggunaan VLC Media Player untuk rakaman desktop mungkin memberikan kemudahan untuk anda, apatah lagi tiada sebarang perisian tambahan lain yang diperlukan, selain memudahkan anda menetapkan kadar frame-rate ketika rakaman.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 Mei 2015 in Tips Komputer

 

Bagaimana Menghalang Video Berbentuk Iklan Dimainkan Secara Automatik Pada Web Di Chrome?

Dengan perkembangan arena internet, salah satu perkara yang turuBagaimana Menghalang Video Berbentuk Iklan Dimainkan Secara Automatik Pada Web Di Chrome? berlaku adalah bentuk pengiklanan dalam bentuk video. Kami bukan perkatakan mengenai iklan pada YouTube, sebaliknya iklan Google AdSense dan beberapa jenis iklan lain yang dimainkan secara automatik apabila anda mengakses sesuatu web berkenaan.

Perkara ini mungkin tidak begitu diminati atau disukai pengguna – apatah lagi kadang-kala anda terkejut mendengar audio dimainkan secara automatik pada tab baru. Ini juga sekaligus akan membuatkan anda terguna kuota data internet anda tanpa sengaja – yang akan memberikan kesan sekiranya anda mempunyai akses internet dengan kuota data yang terhad.

Bagi para pengguna Chrome, anda boleh menghalang perkara ini berlaku dengan mudah, dimana anda hanya perlu mematikan fungsi Plug-ins untuk dijalankan secara automatik. Oleh kerana kebanyakkan iklan ini menggunakan kandungan berasaskan Flash, maka ia boleh dimatikan dengan fungsi ini – dan anda hanya perlu klik padanya untuk mengaktifkan sekiranya anda ingin mengakses kandungan tersebut.

Untuk mematikan perkara ini, anda hanya perlu klik pada menu dan pilih Settings, dan tatal sehingga penghujung halaman dan pilih Show Advanced Settings.

Pada menu tambahan dibawah Privacy, klik pada butang Content Settings. Seterusnya pada bahagian Plug-ins, klik pada tetapan Click to play, dan tekan butang Done.

Selepas sahaja anda melakukannya, pelbagai kandungan berbentuk Flash atau yang memerlukan pemalam tambahan akan memaparkan kotak berwarna kelabu, dan anda perlu klik padanya untuk mengaktifkan kandungan tersebut. Membuat perkara ini juga akan menjadikan pelbagai iklan berbentuk Flash lain disembunyikan daripada dipaparkan kepada anda – melainkan anda klik pada kotak ia dipaparkan.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 Mei 2015 in Tips Komputer