RSS

Monthly Archives: Februari 2014

Sembahyang Sunat Witir

Salah satu sembahyang yang dilakukan pada waktu malam yang waktunya bermula selepas sembahyang Isyak hinggalah datang waktu untuk menunaikan sembahyang sunat Fajar, baik didalam bulan Ramadhan atau dalam bulan-bulan lainnya dinamakan sembahyang Witir kerana ia dikerjakan dengan bilangan rakaat yang ganjil.

Sembahyang Witir ini merupakan salah satu sembahyang sunat muakkad yang amat digalakkan melakukannya. Rasulullah saw sentiasa melakukan sembahyang ini dengan sembahyang sunat Fajar, baik ketika baginda didalam kota (bermukim) ataupun ketika didalam musafir. Bahkan ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan sembahyang Witir walaupun sekali.

Sabda Rasullulah saw yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Abu Hurairah yang bermaksud:
“Barang siapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.”
Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya sembahyang sunat Witir walaupun ia tidaklah sampai hukum wajib

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim dari Ali ra yang bermaksud:
“Sebenarnya Witir itu bukanlah fardhu sebagaimana sembahyang kamu yang lima. Tetapi setelah Rasulullah saw melakukan sembahyang Witir baginda bersabda, ” Wahai ahli Al-Quaran, kerjakanlah sembahyang Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil atau Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”

Rasulullah saw sering mengerjakan sembahyang sunat Witir ini sebanyak sebelas raka’at, dan ada juga yang meriwayatkan bahawa Rasullah saw mengerjakan sebanyak lima raka’at satu salam.Bahkan ada yang meriwayatkan yamg Rasulullah saw hanya mengerjakannya sebanyak satu raka’at. Memandangkan ini maka sembahyang Witir ini boleh dilakukan paling sedikit stu raka’at, kemudiannya tiga,lima sehinggalah yang paling afdhal sebelas rakaat. Kalau dilakukan tiga raka’at dan keatas, maka tiga raka’at yang terakhir boleh dilakukan dengan sekali salam, atau dua salam.

Cara melaksanakannya

1. Lakukanlah setelah selesai mengerjakan sembahyang sunat selepas Isyak, atau mengerjakan sembahyang     sunat Tahajjud ataupun selepas sembahyang Tarawih dibulan Ramadhan untuk mendirikan sembahyang
sunat Witir.

2. Kalau melakukan sembahyang Witir sebanyak dua raka’at dahulu, maka lafazkan dan niatkanlah seperti
berikut:

Ushalli sunnatal witri rak’taini lillahi ta’ala.

Ertinya :” Sahaja aku sembahyang sunat Witir dua raka’at kerana Allah ta’ala”

3. Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun

4. Sesudah salam, maka berdiri lagi untuk mengerjakan satu raka’at Witir dengan lafaz dan niatnya:

Ushalli sunnatal witri rak’atauni lillahi ta’ala

Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat Witir satu raka’at kerana Allah ta’ala”

5. Sekiranya melakukan sembahyang sunat Witir tiga raka’at terakhir dengan sekali salam, maka lafaz dan niatnya:

Ushalli sunnatal witri Thalatha rak’tin lillahi ta’la

Ertinya :” Sahaja aku sembahyang sunat Witir tiga raka’at kerana Allah ta’ala

6. Pada raka’at sembahyang Witir yang terakhir ini eloklah dibaca selepas Fatihah ketiga-tiga surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

7. Adapun surah-surah yang disebutkan, bukanlah satu kemestian. Tetapi paling tidak, bacalah ketiga-tiga surah di dalam raka’at terakhir yang disebutkan.

Bacaan Doa Qunut Sunat Witir

Sekiranya dilakukan pada bulan Ramadhan selepas sembahyang Terawih, iaitu selepas 15 Ramadhan, sebaik sahaj bangun dari rukuk dan i’tidal pada raka’at kedua, hendaklah dibaca doa qunut sepertimana yang selalu dilakukan pada sembahyang Subuh setiap hari. Adapun bacaannya ialah:

Allahummah dinii fiiman hadait, wa’aafini fiiman ‘aafait, wa tawallani fiiman tawallait, wa baariklii fiiman a’tait, wa qinii syarra maa qhadhait, fainnaka taqdhi walaa yuqdhaa ‘alaik, fa innahu la yazillu man waalait, walaa ya’izzuman ‘aadait, tabaarakta rabbana wata’alait, falakal hamdu ‘alaa maa qhadhait, astaghfiruka wa atuubu ilaik, wa sollallahu ‘alaa saiyidinaa Muhammdanil ummiyyi wa’alaa aali wa sohbihi wassallam

Ertinya:” Ya Allah! Berilah aku petunjuk sepertimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sihatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau sihatkan. Muliakanlah aku bersama orang-orang yang telah engkau muliakan. Berkatilah segala yang Engkau kurniakan kepadaku. Jauhkanlah daku daripada segala kejahatan yang sudah Engkau tentukan, kerana hanya sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Menentukan, dan tiada seorang juapun yang dapat merubah ketentuanMu. Sesungguhnya tiadalah akan hina orang-orang yang Engkau muliakan dan tiada pula akan mulia orang-orang yang Engkau musuhi. telah memberi berkat Engkau, Wahai Tuhanku dan Maha Tinggilah Engkau.”

Doa dan Wirid Selepas Sembahyang Witir

1. Seseorang yang selesai mengerjakan sembahyang Witir disunatkan mengucapkan zikir:

Subhaanal malikil quddus

Ertinya:”Maha Suci Tuhan Yang Maha Kudus”

2. Zikir ini hendaklah dibaca sebanyak tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suaranya.

3. Adakalanya Rasulullah saw membaca doa:

Allahummaj ‘al fii qalbii nuuraa, waafii basharii nuuraa, wafii sam’ii nuuraa, wa’ai yasaarii nuuraa, wafuuqii nuuraa, watahtii nuuraa, waamaamii nuura, wakhalfii nuuraa, waj’al lii yauma liqa ika nuuraa, wafii ‘ashbii nuuraa, wfii sya’rii nuuraa, wafii lisaanii nuuraa, waj’al fii nafsii nuuraa, wa a’dzim lii wajzil lii nuura, wa’tinii nuuraa”.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Februari 2014 in Uncategorized

 

PENTINGNYA SUNNAH RASULULLAH SAW

Imej

 Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: ‘Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ‘ (Riwayat Tarmidzi)
Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: “Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid”. (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Thabarani dan Abu Nu’aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!

 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Februari 2014 in Uncategorized

 

100 Sunah Rasulullah

Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Februari 2014 in Artikel